KERNA AKU PERLU KAMU

Hana Zahirah. Dilahirkan dalam keluarga yang cukup kaya membuatkan dia semakin terikat dengan undang-undang aneh keluarganya. Hatta mahu menyumbat makanan ke dalam mulut sendiri pun dia tiada pilihan. Semua keputusan di tangan mamanya, Puan Sri Zaharah. Dan... Semuanya atas alasan, untuk kebaikan di...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Adry Tihani
Format: Book
Language:Malay
Published: Serdang, Malaysia Karyaseni 2018
Subjects:
Online Access:Click Here to View Status and Holdings.
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Hana Zahirah. Dilahirkan dalam keluarga yang cukup kaya membuatkan dia semakin terikat dengan undang-undang aneh keluarganya. Hatta mahu menyumbat makanan ke dalam mulut sendiri pun dia tiada pilihan. Semua keputusan di tangan mamanya, Puan Sri Zaharah. Dan... Semuanya atas alasan, untuk kebaikan dirinya. Terkongkong, itu yang Hana Zahirah rasakan namun dia seorang anak yang taat. Puan Sri Zaharah keutamaannya walau apa pun yang berlaku. Tapi, apabila soal jodoh mula diutarakan oleh mamanya itu, Hana Zahirah tersentak. Hana Zahirah dengan Arif Luqman? Lelaki yang tiada adab dan sangat kurang ajar dengan perempuan mahu dijodohkan dengannya hanya kerana harta? Sudahlah ada rekod buruk kerana pernah bergaduh di kelab malam. Jijiknya! Hati Hana Zahirah menangis, memberontak keras. Tiada siapa yang memahaminya. Dia hampir tewas dalam kesakitan emosi dan segala rasa hati diadukan kepada pengawal peribadinya, Khairil Zhafran. Ya, hanya Zhafran yang sudi mendengar masalahnya. Lelaki dingin yang menyakitkan hati tanpa pernah membantah apa-apa. Tapi, dalam tidak sedar kedinginan Zhafran kerana ingin melindungi. Dan dari rasa mahu melindungi mencambahkan satu rasa lain. "Saya nak panggil awak Hana sahaja. Saya suka awak. Tak! Saya cintakan awak dan kalau boleh saya nak jadi lebih dari sekadar pengawal peribadi pada awak. Boleh tak?" - Khairil Zhafran "Pertunangan saya bakal berlangsung. Semua orang dah tahu tentang itu. Kalau pun saya cintakan awak, dah tak ada apa yang boleh kita buat. You are... Certainly late, Zhafran. Semua jalan dah tertutup untuk kita." - Hana Zahirah Rasa cinta milik Zhafran dicantas sehingga ke akar umbi oleh Puan Sri Zaharah. Dia tidak benarkan lelaki tidak sedarjat dengannya menjadi ahli keluarganya. Muktamad! "Restu? Dengan lelaki macam tu? Rasanya mama dah cakap dengan jelas dari dulu lagi, calon menantu mama, mama yang akan pilih." - Puan Sri Zaharah Kerana sifat nekad dan yakin dengan cinta, Zhafran cuba meminta simpati Puan Sri Zaharah namun mati yang bakal diperoleh apabila Puan Sri Zaharah mengarahkan pengikutnya memberi 'pengajaran' kepada Zhafran. "Mama mahukan perkahwinan ini sebagai hadiah terakhir Hana untuk mama. Lepas ini, mama lepaskan Hana pada Luqman. Mama takkan aturkan apa-apa lagi." - Puan Sri Zaharah Kiri duri, kanan pun berduri. Kemarahan yang terpendam, tak dapat ditelan dan tak dapat diluah. Andai saja Puan Sri Zaharah bukan siapa-siapa, Hana Zahirah pasti akan melawan. Kerana kasih, Hana Zahirah makin tersepit
Physical Description:xii, 467 pages 19 cm
ISBN:9789674690717