Mutiara Taman Adabi & Dalam Terang

"Pada hemat saya ciri-ciri puisi bersifat keislaman ... memang nyata terdapat dalam puisi Profesor Wan Mohd Nor Wan Daud. Dan meskipun bentuk dan gayabahasa dan cara penyampaiannya masih boleh diperbaiki dan diperhalusi, usaha Prof. Wan Mohd Nor memang sewajarnya harus dipuji, dan saya yakin be...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Wan Mohd Nor Wan Daud (Author)
Format: Book
Language:Malay
Published: Kajang, Selangor HAKIM 2021
Subjects:
Online Access:Click Here to View Status and Holdings.
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:"Pada hemat saya ciri-ciri puisi bersifat keislaman ... memang nyata terdapat dalam puisi Profesor Wan Mohd Nor Wan Daud. Dan meskipun bentuk dan gayabahasa dan cara penyampaiannya masih boleh diperbaiki dan diperhalusi, usaha Prof. Wan Mohd Nor memang sewajarnya harus dipuji, dan saya yakin beliau akan terus menghasilkan lagi banyak karangan puisi yang bermanfaat." -Prof. Dr. Syed Muhammad Naquib al-Attas, Pemikir Islam Antarabangsa "Dr. Wan Mohd Nor telah melangkau jauh daripada kebiasaan para penulis "sajak" yang masih popular hingga kini, dengan melonjakkan dirinya jauh lebih tinggi daripada kebiasaan biasa itu. Karya-karya beliau memaparkan apa yang boleh disebut sebagai "naratif intelektual", berupa analisis dan penilaian kritis terhadap persoalan besar dalam masyarakat: tentang Tuhan, konsep ilmu, tentang hasad dan dengki, sifat munafik para pemimpin dan ilmuan palsu, tentang keagungan tokoh-tokoh palsu yang mempengaruhi dunia secara negatif (seperti Machiavelli), tentang kejujuran dan keberanian manusia berilmu mempertahankan kebenaran ilmunya, tentang kepura-puraan dan kepalsuan nilai hidup kebendaan dan kedudukan yang diasaskan kepada nilai-nilai palsu tadi." -Haji Mohd Affandi Hassan, Novelis dan pengkritik sastra terkemuka Malaysia ".... saya ingin menegaskan bahawa karya puisi ini menunjukkan penulisnya seorang ilmuan berbakat tinggi dalam bidang puisi, yang menayangkan makna yang tinggi, halus, secara kritis tetapi sentiasa optimis. Dia tidak menghamburkan slogan tetapi memberi kefahaman akan konsep-konsep dan istilah-istilah penting dalam agama Islam dan tamadun Melayu secara perbandingan." -Prof. Dr. Tatiana Denisova, Profesor Historiografi Melayu dari Rusia
Physical Description:xiv, 280 pages illustrations 21 cm
ISBN:9786239799908
6239799904