Covid-19 dan Islam

Al-Quran, sejarah dan tamadun Islam telah membuktikan kaedah mengatasi wabak berjangkit hingga ia diguna pakai pada hari ini walaupun dengan istilah yang berbeza. Hakikat yang perlu diketahui bahawa jutaan manusia dalam sejarah telah dijangkiti pelbagai jenis penyakit berjangkit sehingga mengakibatk...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Other Authors: Mohd. Izhar Ariff Mohd Kashim (Editor), Mohd. Al Adib Samuri (Editor), Nurul Ilyaya Muhd. Adnan (Editor)
Format: Book
Published: Selangor, Malaysia UKM Press 2021
Subjects:
Online Access:Click Here to View Status and Holdings.
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Al-Quran, sejarah dan tamadun Islam telah membuktikan kaedah mengatasi wabak berjangkit hingga ia diguna pakai pada hari ini walaupun dengan istilah yang berbeza. Hakikat yang perlu diketahui bahawa jutaan manusia dalam sejarah telah dijangkiti pelbagai jenis penyakit berjangkit sehingga mengakibatkan kematian dengan jumlah yang sangat besar. Namun, tamadun manusia terus berkembang seiring dengan kemajuan pelbagai disiplin ilmu perubatan bagi mendepani wabak penyakit. Sejarah juga telah tercatat menerusi al-Quran dan hadis Nabi SAW berkaitan penularan wabak dalam tamadun manusia dan kaedah kawalan serta pencegahannya dengan begitu jelas. Rentetan itu, para ulama telah menjadikan kaedah tersebut sebagai asas perbincangan untuk diaplikasikan kepada wabak-wabak baharu. la sekali gus telah menjadikan segala penerangan al-Quran dan sunnah Nabi SAW relevan hingga ke hari ini. Malahan, pencegahan wabak adalah sebahagian daripada agenda utama dalam Maqasid al-Shariyyah yang memberi maksud objektif tertinggi perundangan Islam dan pastinya mengutamakan perlindungan nyawa, keturunan serta harta. Sehubungan itu, buku ini telah membahaskan topik-topik menarik dan penting seperti konsep wabak dalam al-Quran, al-Sunnah, kapentingan mentaati pemimpin pada saat penularan wabak dan keperluan menangani wabak dengan bijaksana menurut kaca mata Maqasid Syariah. Lebih menarik lagi apabila buku ini turut membincangkan tentang isu-isu Fikah semasa ketika penularan wabak berlaku seperti COVID-19. Antara hukum-hakam yang dibincangkan ialah hukum penangguhan solat berjemaah di masjid termasuk solat Jumaat, terawih di rumah sewaktu bulan Ramadan, keringanan atau rukhsah bagi golongan barisan hadapan ketika mendepani virus COVID-19. Isu pengurusan jenazah dan harta pusaka mangsa COVID-19 turut dibincangkan supaya perbahasan ilmiah mengenainya dapat dijadikan rujukan untuk umat Islam di Malaysia ketika wabak melanda pada masa hadapan, Hasil pembacaan buku ini, neraca pemikiran pembaca akan lebih jelas mengenai konsep wabak berjangkit dalam Islam dan perubatan.
Physical Description:297 pages illustrations 23 cm.
Bibliography:Include bibliographical references and index
ISBN:9789672510017