Taranum Lelaki RAMBUT PERANG Alunkanlah selalu ke halwa pendengaranku agar kalbu ini sentiasa tenang dan damai...

Bodoh! Kalau Dayang Senandung tu sukakan percaturan gila kau ni, dia takkan lari dari dewan tu! Aku berani bersumpah, kau takkan jumpa gadis tu lagi!" - SYED MUHAMMAD SYAHMI AZHARI Dayang Senandung? Apakah hanya kesilapan lalunya yang terlalu berani membuat permintaan khas tersebut sehingga sa...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Usako Princessz (Author)
Corporate Author: SYKT FAJAR (Editor)
Format: Book
Language:Malay
Published: Batu Caves, Selangor FAJAR PAKEER 2020
©2020
Subjects:
Online Access:Click Here to View Status and Holdings.
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Bodoh! Kalau Dayang Senandung tu sukakan percaturan gila kau ni, dia takkan lari dari dewan tu! Aku berani bersumpah, kau takkan jumpa gadis tu lagi!" - SYED MUHAMMAD SYAHMI AZHARI Dayang Senandung? Apakah hanya kesilapan lalunya yang terlalu berani membuat permintaan khas tersebut sehingga sanggup menghukumnya sehingga kini? Gelaran sinis yang mengejek warna kulit hitam manisnya membuat Fadillah makin tertekan. Segalanya berubah dengan sekelip mata. Jiwa Fadillah mula berbunga mekar. Pesona Naifi bagai seorang hero yang berjaya membasuh luka nuraninya. Dia suka bila mendengarkan nada dan alunan taranum itu. Kala yang lain enak berfoya-foya membuaikan halwa telinga dengan lagu-lagu rentak terkini, dia pula selesa dengan taranum yang indah daripada sang pujaan hati. "Game apa? Kau dah tengok sendiri malam tadi kan, aku dah proposed dia depan semua. Itu pun kau cakap game? Kau jangan nak maki aku! Kau tak dengar ke semalam, dia juga sayangkan aku! Kau yang tiba-tiba memekak kenapa?" - SYED MUHAMMAD NAIFI AZHARI Hubungan cinta yang terjalin menjadi keruh tatkala gadis itu terasa dipermainkan. Fadillah mula mengatur strategi membalas semua kesumat yang dicampak lelaki itu ke jiwanya. "Aku dengan dia tiada hubungan istimewa pun. Apa yang kau lihat itu cuma lakonan semata-mata. Tapi aku nak kau tahu sesuatu. Lakonan aku tamat malam ini. Kalau ada sesuatu yang sangat menyakitkan hati kau nanti, percayalah, itu hanya lakonan berbayar." - FADILLAH MARISSA Segalanya yang berawal sebagai suatu permainan akhirnya menjerut diri sendiri. Mencintai dalam masa yang sama mempermainkan gadis itu. Naifi bagai tersungkur di dalam perangkapnya sendiri. Bila rasa dendam menguasai, untuk apa mempertahankan sebuah kejujuran yang tak pastI? Adakah cinta sebenar antara Fadillah dan Naifi itu benar-benar ada atau angan-angan yang berlalu pergi? Hanya kerana 99% perasaan benci, melenyapkan baki 1% kasih dek kerana dendam. Jika dibuang yang benci, sekelumit baki sayang yang tersorok itu pasti akan bercambah mendominasi seluruh rasa menjadi satu naluri yang suci.
Physical Description:485 pages 19 cm
ISBN:9789838221085