AKU BUKAN Ustazah

Dia Aminah. Seorang niqabis yang berpaling dari ijtihadnya kerana fitnah manusia. Kerana seorang Adam, maruahnya sebagai niqabis dipijak-pijak lalu dia tekad untuk keluar mencari jalan hidup sendiri. Di situlah bermula episod kehidupannya bersama dengan rakan-rakan yang berbeza pegangan hingga dia h...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: LynaMasud (Author)
Corporate Author: Jabatan Editorial Suara Hati (Editor)
Format: Book
Language:Malay
Published: Kuala Lumpur Suara Hati Publication 2019
©2019
Subjects:
Online Access:Click Here to View Status and Holdings.
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Dia Aminah. Seorang niqabis yang berpaling dari ijtihadnya kerana fitnah manusia. Kerana seorang Adam, maruahnya sebagai niqabis dipijak-pijak lalu dia tekad untuk keluar mencari jalan hidup sendiri. Di situlah bermula episod kehidupannya bersama dengan rakan-rakan yang berbeza pegangan hingga dia hampir terjerumus ke lubang noda yang dia gali sendiri. Dia mencipta dirinya sebagai 'Miya' manakala 'Aminah' ditinggalkan semakin jauh. Adam dan Omar. Dua pemuda yang berbeza cara hidup cuba merebut kasih sang niqabis. Adam merupakan pemilik sebuah kelab malam, hidupnya penuh dengan noda manakala Omar seorang doktor perubatan lulusan universiti di Mesir dan sangat menjaga agamanya. Antara dua, hanya seorang yang Aminah paling dekat namun sering dia menafikan perasaannya itu. Mana mungkin syaitan bersatu dengan bidadari syurga? "I cuma rasa Omar je yang boleh bimbing you. Takkan syaitan nak membimbing orang masuk ke syurga?"- Adam "You bukan Tuhan pun nak tentukan lelaki mana yang sesuai untuk I. Dan you tak akan tahu siapa yang lebih sesuai dengan I."- Aminah Aminah mula dilabel sebagai penunggang agama ketika niatnya ingin membawa sahabat baiknya mengenal Tuhan disalahertikan. "You ustazah hipokrit! You sembunyikan semua kejahatan you di dalam pakaian ustazah!" Sesungguhnya, hidayah itu milik Allah. Di saat Allah memberi hidayah, Allah tetap menguji kekuatan setiap hambanya untuk terus menggenggam atau melepaskannya. Dapatkah Aminah bertahan? Mampukah Aminah menarik rakan-rakannya keluar dari lembah hina? Dan dapatkah Adam memiliki hati seorang niqabis sedangkan dia sendiri berpaling dari Tuhannya? Ini bukan kisah cinta mereka. Tapi, ini kisah mereka semua mencari cinta DIA.
Item Description:Jangan lihat aku guna mata. Kau hanya nampak desa. Lihatlah aku sebagai hamba. Baru kau tahu kita semua sama.
Physical Description:ii, 792 pages 19 cm
ISBN:9789672300045