TUNJUKKAN AKU SATU Bintang Terkadang Tuhan hanya menyatukan cinta, bukan untuk memiliki selamanya.

ANGEL buka mata sambil mendesis. Sakit-sakit di seluruh tubuhnya kerana tidur beralaskan daun kelapa. Mata meliar, nampak Jack sedang bermain dengan ombak ketika ini. Dia terus ke batu yang sudah menjadi tandas mereka. Belum sempat duduk, tiba-tiba nampak kepala terjongol. "Heh, tak ada benda...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Nass Alina Noah (Author)
Corporate Author: Jabatan Editorial Karyaseni (Editor)
Format: Book
Language:Malay
Published: Bandar Tun Hussein Onn, Selangor KARYA SENI 2021
©2021
Subjects:
Online Access:Click Here to View Status and Holdings.
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!

MARC

LEADER 00000nam a2200000#i 4501
001 wils-976270
005 2022019104759
008 220321t2021 MY ### ##000 F#may#D
020 # # |a 9789674691783  |q paperback 
040 # # |a BNM  |d UiTM  |e rda 
041 0 # |a may 
090 0 0 |a PL5139.N37  |b T86 2021 
100 0 # |a Nass Alina Noah  |e author 
245 1 0 |a TUNJUKKAN AKU SATU Bintang  |b Terkadang Tuhan hanya menyatukan cinta, bukan untuk memiliki selamanya.  |c Nass Alina Noah 
264 # 1 |a Bandar Tun Hussein Onn, Selangor  |b KARYA SENI  |c 2021 
264 # 1 |c ©2021 
300 # # |a 700 pages  |c 19 cm 
336 # # |a text  |b txt  |2 rdacontent 
337 # # |a unmediated  |b n  |2 rdamedia 
338 # # |a volume  |b nc  |2 rdacarrier 
500 # # |a PENERBIT NOVEL TERBAIK ANUGERAH BUKU NEGARA 2019 
520 # # |a ANGEL buka mata sambil mendesis. Sakit-sakit di seluruh tubuhnya kerana tidur beralaskan daun kelapa. Mata meliar, nampak Jack sedang bermain dengan ombak ketika ini. Dia terus ke batu yang sudah menjadi tandas mereka. Belum sempat duduk, tiba-tiba nampak kepala terjongol. "Heh, tak ada benda lain ke kau nak tengok hah?" marahnya. "Macam ni, kita berdamai. Aku raja dan kau hamba. Setuju?" Senyap. "Okey. Aku raja, kau permaisuri. Okey?" Senyap. "Okey. Aku setan, kau angel." Angel alih anak mata ke arah lain. Sumpah dia meluat, tetapi pundi kencingnya sudah tidak dapat menahan azab ketika ini. "Okey la, setan!" Sudahnya dia terpaksa mengalah. Jack senyum sejurus beredar pergi. Tidak lama Angel menghampirinya. "Hidupkan api, biar orang nampak asap. Boleh datang selamatkan kita." Angel memberi arahan. "Nanti lanun datang balik. Rogol kau. Tak pasal-pasal aku pula yang kena jadi pak sanggup. Aku tak bawa pistol ni." Angel menganga. Tidak berkelip dia memandang. Rasa nak marah, namun Jack betul. Lanun yang menculik mereka mungkin masih ada di sekitar, masih mencari-cari mereka. Terlalu berisiko untuk menghidupkan api. Sudahnya dia duduk di sebelah Jack. Sama-sama merenung lautan nan luas. "Aku nak balik..." Tiada sahutan. Mata meliar ke sekeliling, nampak cangkerang siput sebesar penumbuk. Dilontarnya, kena bahu orang. Jack berpaling. Mata bertentang mata. Cangkerang dikutip. "Kau tau tak toksin gastropod dan yang sewaktu dengannya, boleh jadi penawar Parkinson, Alzheimer, kemurungan, ketagihan nikotin dan... skizofrenia macam kau? Satu perubatan alternatif homeopati." Angel senyap. Kelip-kelip mata, buat muka. "Aku berdoa kau kena patuk ular. Kau sepatutnya ucap terima kasih pada aku sebab doakan kau mati awal. Sikit dosa!" bidasnya tidak mahu kalah. Jack diam. Terkelip-kelip, angguk-angguk. "Terima kasih banyak-banyak la. Kau tau tak... Penghasilan bisa antivenin untuk kes dipatuk ular. 50-600 ular berbisa bagi proses pengekstrakan bisa. Ular jenis Brazil di Australia boleh menghasilkan penawar tekanan darah tinggi serta gangguan kardiovaskular lain." "Diamlah!" Angel menjerit kuat. Otaknya sudah tidak sanggup mendengar dan memproses semua itu. "Baik kau diam! Kau tau tak mulut kau busuk macam bangkai ular cap biawak?" "Haaa... Biawak la bagus! Biawak boleh melaraskan glukosa dalam darah manusia." Angel tekup telinga. Jack makin rancak bercakap. "Kandungan air liur biawak gila monster heloderma suspectum boleh menurunkan paras gula pesakit diabetes tahap dua. Byetta dalam air liur biawak boleh menurunkan berat badan." Senyap. Angel menjatuhkan tangan. Geraham terkacip rapat. Sesaat pun matanya tidak melepaskan makhluk asing di hadapannya ini. Perasaannya tidak terperi ketika ini. Tiba-tiba dia ternampak anak kala jengking tidak jauh dari mereka. Dia bangun, senyum buat-buat. Tidak buang masa dia terus menyepak kala jengking ke dada musuhnya. Jack menjerit-jerit, berlari ke pantai. Angel tercengang. Kala jengking itu diambilnya sebelum mengejar Jack. Belum sempat dia lontar, Jack sudah terkulai jatuh. Pengsan. "Bukan main lagi cakap pasal biawak, komodo, ular. Dengan benda ni pun takut. Huh!" Kala jengking dipijak-pijaknya sebelum menyepak betis Jack. Jack buka mata sebelah. Angel tunduk. "Aku rasa kau sakit jiwa!" Jack bangun, pandang kiri kanan, nampak binatang yang bersejarah tadi sudah putus dua. Angel dipandang. "Bisa kala jengking Deathstalker berpotensi mengubat kanser otak. Kandungan klorotoksin dalam bisa boleh mengubat kanser otak dengan konsep terapi gen - menghapuskan gen pencetus tumor penyebab kanser otak." Senyap. "Makan la. Baik untuk kesihatan kau!" Angel mencebik. Bosan! 
650 1 4 |a Malaysian fiction (Malay) 
650 2 0 |a Malay fiction 
710 2 # |a Jabatan Editorial Karyaseni  |e editor 
856 4 0 |z Click Here to View Status and Holdings.  |u https://opac.uitm.edu.my/opac/detailsPage/detailsHome.jsp?tid=976270 
998 # # |a 00264#1a006.2.2||00264#1b006.2.2||01264#1a006.2.2||01264#1b006.2.2||00300##a006.2.2||00300##b006.2.2||00300##c006.2.2||00500##a006.2.2||00520##a006.2.2||00520##b006.2.2||