Sara Nur Naila Kisah silam yang sentiasa melukakan. Namun kisah cinta aku hadir seperti langit yang meneduhkan.
"Kalau kita ditakdirkan berpisah, you nak cari lelaki yang macam mana?" KHALIL "Kalau dia senyum kan, hati I mesti akan rasa berdebar-debar. Macam ada gendang tau kat hati I nanti." SARA Namun bilang emak, Sara ini tak akan sesekali beroleh bahagia. Sumpah itu sendiri diiakan ole...
Saved in:
Main Author: | |
---|---|
Corporate Author: | |
Format: | Book |
Language: | Malay |
Published: |
Cheras, Selangor
PENERBITAN KARYASENI SDN. BHD
2019
©2019 |
Subjects: | |
Online Access: | Click Here to View Status and Holdings. |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Summary: | "Kalau kita ditakdirkan berpisah, you nak cari lelaki yang macam mana?" KHALIL "Kalau dia senyum kan, hati I mesti akan rasa berdebar-debar. Macam ada gendang tau kat hati I nanti." SARA Namun bilang emak, Sara ini tak akan sesekali beroleh bahagia. Sumpah itu sendiri diiakan oleh Sara, bahawa takdirnya memang begitu. Bahagia takkan pernah singgah dalam hidupnya. Khalil bukan jodohnya, malah penyebab deritanya. Kalau aku dah benci dan tak reda dengan kau, sampai bila-bila kau akan sentiasa merana." - NONIE Kerana khilaf dan titik duka itu, dia menjadi pelarian di bumi Melbourne, mencicip manisnya kehidupan bersama Haslinda, mak su kesayangannya. Dalam tak sengaja, wajah yang lama bermuram itu mula pandai mengukir senyum kepada insan selain Haslinda saat munculnya Reza. Lelaki yang mengembara ke tanah kanggaru mencari anak lelakinya. "Kau ada dua bulan lebih aje kat sini nak cari anak kau. Kau ingat Aussie ni kecil macam Melaka?" - SARA Mereka bertekak, bersenda, lalui musim kegembiraan yang buat hati masing-masing membisik rasa indah. Sara menjadi penenang yang setia buat Reza. Dan apabila tiba saat untuk Reza pergi, Sara masih kukuh memegang rahsia hidupnya. Dan akhirnya tiang utuh dalam hidup Sara telah roboh. Saat Haslinda dikhabarkan hilang, bagai roh Sara turut sekali melayang. Ketika itu, Reza pula membalas segala kebaikan Sara sepenuh hati. Kemunculan emak Reza yang begitu penuh kasih dan sayang bagaikan penawar bagi segala kesakitan Sara Nur Naila selama ini. Kebahagiaan yang dirasa itu buat Sara tekad mengikat hatinya buat Reza. "Lain kali kalau ada orang tanya, Sara ni kawan Reza ke? Atau Sara ni siapa? Jawab macam ni." - REZA |
---|---|
Item Description: | PENERIMA ANUGERAH PENERBITAN NOVEL TERVAIK, ANUGERAH BUKU NEGARA 2019. |
Physical Description: | iii, 730 pages 19 cm |
ISBN: | 9789674691349 |