Seperti KISAH INDAH
Bahagia yang diimpi, derita yang menghampiri. Begitulah perjalanan awal hidup seorang Katrina. Ketika mengenali cinta pertama, dia bagaikan alpa dengan tujuan hidupnya. Keluarga tersayang dimusuhi saat hasratnya ditentang. Belum sempat dikhabarkan tentang benih cinta yang sedang membesar di rahimny...
Saved in:
Main Author: | |
---|---|
Corporate Author: | |
Format: | Book |
Language: | Malay |
Published: |
Batu Caves, Selangor
FAJAR PAKEER
2020
|
Subjects: | |
Online Access: | Click Here to View Status and Holdings. |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Summary: | Bahagia yang diimpi, derita yang menghampiri. Begitulah perjalanan awal hidup seorang Katrina. Ketika mengenali cinta pertama, dia bagaikan alpa dengan tujuan hidupnya. Keluarga tersayang dimusuhi saat hasratnya ditentang. Belum sempat dikhabarkan tentang benih cinta yang sedang membesar di rahimnya, sang suami menyepi setelah kembali ke tanah airnya. Tinggallah dia sendirian berjuang untuk hidup dengan anak yang dikandung. Aturan-Nya, dikirim seorang malaikat bernama Mustaqim saat kehilangan. Lalu Katrina akur pada kehendak takdir demi seorang makhluk kecil yang diberi nama Indah Sephia. Biarpun dibesarkan dengan penuh perhatian dan kasih sayang, namun jauh di sudut hati, ada kekosongan yang dirasakan. Akhirnya dia nekad menjejak kasih hingga ke luar negara. Misi yang dirancang menemukan Indah dengan dua jejaka yang tak kurang hebatnya. Irfan yang manis dan sanggup berkorban nyawa; Ramzan jejaka militan yang bengis tetapi sangat melindungi. I ikhlas menawarkan diri kerana mahu melindungi you and memastikan keselamatan you. - IRFAN Jika harapan itu menjadi kenyataan, aku bersumpah akan terus setia menjaga kamu sehingga maut menjemput kita. - RAMZAN Hatiku tahu, siapa akan menjadi pemenangya... - INDAH Berjayakah Indah merealisasikan misinya menjejaki orang yang paling penting dalam hidupnya apabila dia menjadi mangsa penculik kumpulan militan? Atau dia harus melupakan segala-galanya dan mencari jalan pulang ke pangkuan keluarga? Mampukah pintu yang terkunci rapat terbuka untuk memberi sedikit sinar walaupun cuma seketika? Jika ini adalah permintaan terakhir. Semoga satu hari nanti kau mengerti, sesuatu yang indah tidak selamanya menyatu, ia akan tenggelam bersama kelamnya waktu. |
---|---|
Item Description: | Kesempatan tidak akan pernah datang berulang kali. Penderitaan tidak akan muncul sekali. |
Physical Description: | 629 pages 19 cm |
ISBN: | 9789838221368 |