SUARA HASHIM YAACOB AKU MAHU KE SEBERANG
Seorang anak desa yang dibelit kemiskinan keluarga. Budu dengan ikan tawar bakar menjadi juadah harian. Kadang-kadang belalang kunyit di baruh menjadi lauk untuk dinikmati sekeluarga. Ayahnya, seorang lelaki Melayu kampung tetapi punya rasa cinta akan watan yang menggunung tinggi dan tidak mahu anak...
Saved in:
Main Author: | |
---|---|
Other Authors: | |
Format: | Book |
Language: | Malay |
Published: |
Wangsa Maju, Kuala Lumpur
Institut Terjemahan & Buku Malaysia Berhad (ITBM)
2017
|
Subjects: | |
Online Access: | Click Here to View Status and Holdings. |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Summary: | Seorang anak desa yang dibelit kemiskinan keluarga. Budu dengan ikan tawar bakar menjadi juadah harian. Kadang-kadang belalang kunyit di baruh menjadi lauk untuk dinikmati sekeluarga. Ayahnya, seorang lelaki Melayu kampung tetapi punya rasa cinta akan watan yang menggunung tinggi dan tidak mahu anak lelakinya ini mewarisi kemiskinan keluarga. Lalu, pelajaran dan pendidikan menjadi keutamaannya dalam membesarkan anak-anak. Memoir ini berkisah tentang orang Melayu di kampung, yang tersisih oleh dasar Pecah dan Perintah penjarah rakus yang tidak peduli akan nasib anak peribumi. Lalu, hanya dengan ilmu anak-anak peribumi ini dapat membela bangsa sendiri. Memoir ini boleh dijadikan inspirasi anak bangsa dalam menongkah arus kehidupan. Onak duri di sepanjang jalan bukanlah penghalang untuk mara sehingga ke hujung. Kecekalan, ketabahan, kesabaran, dan reda dengan apa-apa yang diberikan Maha Berkuasa menjadi kunci menggapai kejayaan. Ini kisah tentang seorang professor, seorang paka pergigian bertaraf dunia, seorang pentadbir, seorang tok dalang, seorang penulis, dan seorang pelukis. Ini memoir tentang Dato' Professor Emiritus Dr. Hashim Yaacob, intan berkilau yang berasal dari tanah kampung yang berlumpur. |
---|---|
Physical Description: | viii, 234 pages illustrations, photographs 23 cm |
ISBN: | 9789674605759 |