KUMPULAN ESEI PILIHAN Psikosomatik yang menyala

MALIM GHOZALI PK begitu sinonim dengan penulisan puisi, cerpen, novel, skrip filem dan isu-isu sosiobudaya. Beliau turut mewarnai persada sastera tanah air dengan esei dan rencana sastera untuk tujuan pembentangan dalam sesuatu bengkel atau seminar, juga untuk ruangan-ruangan sastera di akhbar dan m...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Mohamed Ghozali Abdul Rashid (Author)
Format: Book
Language:English
Published: Wangsa Maju, Kuala Lumpur Institut Terjemahan & Buku Malaysia (ITBM) 2017
Subjects:
Online Access:Click Here to View Status and Holdings.
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:MALIM GHOZALI PK begitu sinonim dengan penulisan puisi, cerpen, novel, skrip filem dan isu-isu sosiobudaya. Beliau turut mewarnai persada sastera tanah air dengan esei dan rencana sastera untuk tujuan pembentangan dalam sesuatu bengkel atau seminar, juga untuk ruangan-ruangan sastera di akhbar dan majalah. Psikosomatik yang Menyala menghimpunkan 20 buah esei dan rencana seputar susastera yang menyaksikan kepedulian Malim terhadap hal-hal yang melingkari dirinya dan dunia sastera. Kumpulan esei ini mengandungi tulisan-tulisan beliau dari tahun 2007 hingga 2016 - sekitar sembilan tahun - kecuali sebuah rencana yang tersiar dalam majalah Dewan Sastera, Mei 1986. Isu-isu yang dihidangkan turut memperagakan sudut pandang yang pelbagai sama ada menyoroti karya-karya para sasterawan, baik puisi, cerpen, dan novel mahupun menyuarakan kejengkelan apabila karyanya sendiri diberikan tafsiran yang tidak adil seperti dalam rencana "Cerpen Sayang Ottawa Sungainya Sejuk Diragukan Keasliannya". Hal-hal yang diungkapkan oleh penulis merupakan jambatan kepada masa silam. Seperti kata Malim, "Sebuah kampung, sawah, ladang, jeti, denai atau sebuah rumah tua di hujung desa yang dilukiskan oleh pengarang dalam cerpen, novel atau sajaknya barangkali sudah tidak wujud lagi. Di tapaknya sudah tumbuh taman perumahan, sekolah atau pasar awam." Kumpulan Esei Pilihan: Psikosomatik yang Menyala ini merupakan manifestasi kepada semua itu.
Physical Description:x, 224 pages 23 cm
Bibliography:Includes bibliographical references
ISBN:9789674605407