Amanah Mohamad SABU

Berpuluh tahun di 'kiri', misi Mohamad ialah memperjuangkan demokrasi tulen untuk negara...dan apa tidak pernah dirasa sepanjang garis masa tersebut. Dihalang menamatkan pengajian, ditahan ISA, dibuang daerah, dituduh Syiah, malah ditohmah pengkhianat negara, tiada satu pun berhasil membua...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Zinitulniza Abdul Kadir (Author)
Format: Book
Language:Malay
Published: Kuala Lumpur ITBM 2018
Edition:CETAKAN PERTAMA
Subjects:
Online Access:Click Here to View Status and Holdings.
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Berpuluh tahun di 'kiri', misi Mohamad ialah memperjuangkan demokrasi tulen untuk negara...dan apa tidak pernah dirasa sepanjang garis masa tersebut. Dihalang menamatkan pengajian, ditahan ISA, dibuang daerah, dituduh Syiah, malah ditohmah pengkhianat negara, tiada satu pun berhasil membuat dia berhenti...dan dugaan datang lebih besar apabila Mohamad memilih tinggalkan PAS untuk menubuhkan Parti Amanah Negara (AMANAH), selepas melihat parti itu berjalan semakin 'songsang' menuju arah yang sebelumnya bukan tujuan. Berjiwa pejuang, derita dan hidup susah ibarat makanan kehidupan. Seperti kata ayahnya ketika dimaklumkan penahanan pertama Mohamad di Balai Polis Selayang pada 1977 ekoran terbabit dalam demonstrasi pelajar di Kuala Lumpur: "Kalau perjuangannya betul untuk membela kebaikan, hantar mayat depan rumah pun tak apa." Buku ini menyusur sebahagian garis masa perjuangan Mohamad, selain berkongsi sebahagian sisi dirinya yang tidak pernah diketahui umum. Tidak wajar mengadili Mohamad sebagai ahli politik santai berdasarkan jenaka hebatnya di pentas, kerana dia sebenarnya pemikir...Ragu tidak percaya? Buku ini bukti bagaimana Mohamad adalah antara sosok penting yang mengubah hala tuju politik Malaysia hari ini. Dia bukan 'pak turut', tapi pemimpin tulen.
Item Description:Includes index
Physical Description:x, 171 pages illustrations, portraits 25 cm
Bibliography:Includes bibliographical references and indexes (page 165-171)
ISBN:9789674608002