SAKA CINCIN LONG ESAH

Novel SAKA CINCIN LONG ESAH mengisahkan Diana cuba menyesuaikan diri dengan kehidupan baharu di kampung tetapi ternyata ia bukanlah perkara yang mudah bagi dirinya. Apatah lagi dia perlu mendiami rumah pusaka neneknya yang begitu asing kerana sebelum ini dia telah dibesarkan di bandar. Baru sahaja...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Nida Zahar 1976- (Author), Suhana Salleh 1977- (Author)
Format: Book
Language:Malay
Published: Petaling Jaya, Selangor BUKU PURIS, [2019?]
©2019
Subjects:
Online Access:Click Here to View Status and Holdings.
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Novel SAKA CINCIN LONG ESAH mengisahkan Diana cuba menyesuaikan diri dengan kehidupan baharu di kampung tetapi ternyata ia bukanlah perkara yang mudah bagi dirinya. Apatah lagi dia perlu mendiami rumah pusaka neneknya yang begitu asing kerana sebelum ini dia telah dibesarkan di bandar. Baru sahaja mendiami rumah pusaka itu, dia telah pun didatangi dengan perkara-perkara yang pelik dan misteri. Malam pertama di rumah itu dia telah terdengar suara dari arah dapur. Manakala adiknya Imran pula telah hilang ketika bermain di halaman rumah hingga memaksa bapanya memanggil bomoh terkenal di kampung itu dan turut mendapatkan bantuan dari seorang ustaz. Syukur, adiknya berjaya di jumpai oleh ustaz berpandukan pada mimpi mama yang melihat Imran duduk dalam keadaan ketakutan di bawah sebatang pokok besar iaitu pokok jejawi yang terdapat di halaman rumah tersebut. Di rumah pusaka itu terdapat sebuah bilik dan ia menjadi kawasan larangan bagi setiap penghuni rumah terbabit. Apa yang dilarang itu menjadi sesuatu yang menggugah naluri ingin tahu Diana. Penemuan Diana dari dalam bilik misteri itu telah membawa Diana ke garisan permulaan kepada pembongkaran misteri keluarga yang telah dikambus sekian lama. Kejadian demi kejadian aneh kian tersingkap, bermula di rumah dan berlanjutan pula hingga ke kampus. Pertanyaan demi pertanyaan sering bermain dimindanya apabila dia mampu untuk melihat satu demi satu penampakan mistik seolah-olah tiada lagi hijab di hadapan matanya. Ternyata konflik diri dan keluarga akhirnya membawa Diana untuk mengenali diri dengan lebih mendalam dan memberikannya sebuah erti kehidupan yang menjangkaui batasan pemikirannya.
Physical Description:260 pages 19 cm
ISBN:9789830977836