ARI

Aku yang mastermind. Kau cuma simulasi yang aku cipta. Kau berada di mana aku mahu kau berada." - Narong Memilih untuk masuk ke dalam dunia gengster ketika berusia 17 tahun dengan tujuan untuk mencari pembunuh ibu kawan baiknya, ARI HARAPAN dilatih untuk menjadi yang terbaik di antara yang ter...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Mahizan Husain (Author)
Corporate Author: Jabatan Editorial P2u (Editor)
Format: Book
Language:Malay
Published: Bandar Tun Hussein Onn, Selangor Penulisan Enterprise 2019
Subjects:
Online Access:Click Here to View Status and Holdings.
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Aku yang mastermind. Kau cuma simulasi yang aku cipta. Kau berada di mana aku mahu kau berada." - Narong Memilih untuk masuk ke dalam dunia gengster ketika berusia 17 tahun dengan tujuan untuk mencari pembunuh ibu kawan baiknya, ARI HARAPAN dilatih untuk menjadi yang terbaik di antara yang terbaik. Hasilnya, dia digeruni pada usia yang masih mentah. Namun... Semua itu tidak kekal lama. Dia dikhianati. Diperguna dalam diam. Ari lari menyembunyikan diri. Dia perlu kembali kepada tujuan asalnya masuk ke dunia gengster. Kekasihnya Ria yang ditinggalkan dahulu perlu dicari dengan harapan Ria mahu menyambung kisah mereka. Pada masa yang sama, Ari juga diburu dan hanya tunggu masa sahaja untuk dia dihapuskan. Bertahun-tahun dia hidup seperti orang nomad, serata dunia dijelajah. Berpindah dari satu negara ke satu negara supaya dirinya sukar dikesan. Ari menerima pelbagai kejutan yang memang tidak disangka-sangka sepanjang tempoh itu. Tentang ibunya. Tentang ayahnya. Tentang dirinya sendiri. Saat Ari menemui Ria semula, hatinya berbunga. Namun, jawapan yang diterima tidak seperti yang diharapkan. Kasihnya nyata tidak boleh disambung lagi. "Masa lalu dah mati. Tak perlu nak diingat lagi." - Ria Ari lalu membawa diri. Cuba menerima ketentuan Ilahi. Ari bertemu dengan Afni setelah lama merawat luka dalam hati. Afni cuba untuk didekati. Dalam diam pemburunya semakin menjelmakan diri. Siapakah Afni yang sebenarnya? Apakah takdir yang menanti Ari pada saat nyawanya berada di hujung tanduk? Adakah masih ada kesempatan untuk Ari melarikan diri? Dan pembunuh ibu kawan baiknya? Adakah akan ditemui? Tak semua orang mahu jadi baik macam kau. Perlu kau ingat juga, tidak semua orang jahat itu insaf.
Physical Description:iii, 670 pages 19 cm
ISBN:9789672102779