KEBANGKITAN SEMULA ISLAM HINGGA PASCA ISLAMISME

Kebangkitan semula Islam adalah fenomena yang meletus di negara-negara Islam seperti Iran, Arab Saudi, Malaysia, Indonesia dan sebagainya pada tahun 1970an. Fenomena ini disebabkan oleh kekalahan Peperangan Arab-Israel pada tahu 1967, Revolusi Iran dan kenaikan harga minyak dunia. Ia juga disebabkan...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Ahmad Sunawari Long (Author)
Format: Book
Language:Malay
Published: BANGI, Selangor PENERBIT UNIVERSITI KEBANGSAN MALAYSIA 2017
©2017
Subjects:
Online Access:Click Here to View Status and Holdings.
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kebangkitan semula Islam adalah fenomena yang meletus di negara-negara Islam seperti Iran, Arab Saudi, Malaysia, Indonesia dan sebagainya pada tahun 1970an. Fenomena ini disebabkan oleh kekalahan Peperangan Arab-Israel pada tahu 1967, Revolusi Iran dan kenaikan harga minyak dunia. Ia juga disebabkan oleh faktor dalaman yang berlaku dalam negara Islam, antaranya Dasar Islamisasi seperti yang dilaksanakan di Pakistan dan Malaysia. Gabungan pelbagai faktor telah memberikan pelbagai impak kepada umat Islam sama ada dalam aspek penghayatan atau amalan mereka. Kebangkitan semula bukan sahaja memberika impak positif kepada umat Islam tetapi juga meninggalkan inmpak negatif seperti pemokusan yang lebih kepada politik Islam sehingga mengabaikan aspek-aspek kemanusiaan, sosial dan hubungan antara penganut agama. Penumpuan yang berlebihan untuk membina negara Islam berlandaskan syariat Islam secara total telah menyebabkan mereka mengabaikan wacana tentang demokrasi dan isu-isu sosial dan alam sekitar. Sebagai respons muncul kelompok masyarakat dan ilmuwan yang ingin membawa umat Islam kepada isu-isu demikian yang diistilahkan sebagai pasca Islamisme. Namun wacana pasca Islamisme yang berkembang pada tahun 1990an tidaklah sangat berbeza dengan wacana kebangkitan semula Islam atau dikenali sebgai Islamisme. Kedua-duanya mewacanakan Islam dalam bentuk kontemporari tetapi pasca Islamisme lebih kepada kritikan dan solusi terhadap kelompongan pada era kebangkitan semula Islam atau juga dikenali sebagai Islamisme.
Physical Description:246 pages 23 cm
Bibliography:Includes bibliographical references (pages 233-241) and index
ISBN:9789674125127