Pabila Hujan Turun

"Pabila Hujan Turun" merupakan esei kompilasi kolum "Pabila Hujan Turun" tulisan Sasterawan Negara Prof Emeritus Dato' Shahnon Ahmad yang pernah tersiar dalam Dewan Sastera mulai Januari 2005 hingga Januari 2009. Tulisan-tulisan ini mengisi ruang pendek yang memuatkan sisi p...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Shahnon Ahmad (Author)
Format: Book
Language:Malay
Published: Kuala Lumpur DBP 2015
©2015
Series:KUMPULAN ESEI SASTERAWAN NEGARA SHAHNON AHMAD
Subjects:
Online Access:Click Here to View Status and Holdings.
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:"Pabila Hujan Turun" merupakan esei kompilasi kolum "Pabila Hujan Turun" tulisan Sasterawan Negara Prof Emeritus Dato' Shahnon Ahmad yang pernah tersiar dalam Dewan Sastera mulai Januari 2005 hingga Januari 2009. Tulisan-tulisan ini mengisi ruang pendek yang memuatkan sisi pemikiran Shahnon baik dalam menanggapi dunia kepengarangan beliau mahupun dunia kesusasteraan tempatan dan sejagat. Kompilasi esei ini bukan sahaja memuatkan pengalaman dan pemerhatian Shahnon dalam melihat kehidupan yang dipenuhi lambang dan tanda tetapi juga menghuraikan aliran dan gerakan kesusasteraan dunia yang mencorakkan sejarah. Melalui "Pabila Hujan Turun", Shahnon menyajikan sebuah catatan kehidupan yang cukup luas cakupannya. Kata-katanya mengalir seperti sungai yang panjang dan berliku, penuh dengan segala peristiwa. Adakalanya seperti hujan yang menjunam, menikam hati pembaca dengan segala kisah dan kritikannya. Malah acap kali juga kata-katanya hinggap seperti embun yang hadir untuk menyedarkan tentang kesementaraan hidup di dunia; sekali gus memberi kedinginan takwa dalam hati sanubari pembacanya. Nyata, "Pabila Hujan Turun" adalah sungai, adalah hujan, adalah embun yang mengisi makna untuk ditafsirkan.
Physical Description:xiii, 312 pages 22 cm
ISBN:9789834617322