TEKNOLOGI KESULTANAN MELAKA

Kesultanan Melaka memiliki pelabuhan yang terkaya di dunia di zaman kegemilangannya. Pedagang-pedagang dari segenap penjuru dunia telah datang berdagang di Melaka. Maka, selain dari memiliki teknologinya tersendiri, Kesultanan Melaka juga terdedah dengan peradaban asing seperti peradaban Islam (Arab...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Hasanuddin Yusof (Author)
Format: Book
Language:Malay
Published: Seremban Cintai Publication 2017
Edition:Cetakan pertama
Online Access:Click Here to View Status and Holdings.
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kesultanan Melaka memiliki pelabuhan yang terkaya di dunia di zaman kegemilangannya. Pedagang-pedagang dari segenap penjuru dunia telah datang berdagang di Melaka. Maka, selain dari memiliki teknologinya tersendiri, Kesultanan Melaka juga terdedah dengan peradaban asing seperti peradaban Islam (Arab, Parsi, India dan Turki) dari barat serta peradaban China dan Jepun dari timur. Ini menyebabkan Melaka tidak ketinggalan dari segi sains dan teknologi dari tamadun-tamadun luar yang sezaman dengannya. Malangnya, sebahagian dari masyarakat hari ini menyangka bahawa Kesultanan Melaka hanyalah sebuah kerajaan yang kuno dan jauh ketinggalan dalam kemajuan teknologi. Malah yang lebih malang, ada yang beranggapan bahawa kewujudan Kesultanan Melayu Melaka hanyalah mitos semata-mata. Ini disebabkan semua kesan peninggalan Kesultanan Melaka telah dimusnahkan oleh Portugis ketika mereka menawan Melaka pada tahun 1511 . Namun, kebenaran sememangnya tidak dapat disembunyikan. Berdasarkan catatan-catatan sejarawan Portugis sendiri, Kesultanan Melaka memiliki peradaban dan teknologi yang boleh dibanggakan. Oleh itu, buku ini menyajikan tentang teknologi-teknologi dan peradaban yang terdapat dalam Kesultanan Melayu Melaka berdasarkan catatan-catatan Portugis.
Physical Description:viii, 324 pages color illustrations 23 cm
ISBN:9789671348444