Sugar? "Yes, please..."
Kerana dia seorang anak yang menurut kata, setiap apa yang ayah dan mama pinta, dia tunaikan. Termasuklah Haikal. Dia mencuba tapi kenapa Haikal pandang segalanya sia-sia? Haikal runtuhkan segala yang dibina dalam sekelip mata.Hingga Nel ada. Nel adalah lelaki misteri. Sukarnya untuk dia rungkaikan...
Saved in:
Main Author: | |
---|---|
Format: | Book |
Published: |
Selangor
Karyaseni
2019
|
Subjects: | |
Online Access: | Click Here to View Status and Holdings. |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Summary: | Kerana dia seorang anak yang menurut kata, setiap apa yang ayah dan mama pinta, dia tunaikan. Termasuklah Haikal. Dia mencuba tapi kenapa Haikal pandang segalanya sia-sia? Haikal runtuhkan segala yang dibina dalam sekelip mata.Hingga Nel ada. Nel adalah lelaki misteri. Sukarnya untuk dia rungkaikan apa yang ada dalam kepala lelaki itu. Nel yang begitu pandai berhujah. Penuh dengan prinsip hidup sendiri. Kerana itu, Edian mula hargai hati dan perasaan sendiri.Nel manis. Dia yang telah jadi hempedu dalam hidup Nel. Kembali menjadi milik Haikal, bukanlah sesuatu yang mudah namun dia tetap berusaha.Ya. Itu kenyataan. Pandangan mata kasar hanya nampak yang terzahir. Yang disembunyi, tiada siapa tahu. Nel, punya sejarah tersendiri; yang dia tahu, akan menjadi senjata dan menghunus padanya satu hari nanti.Permintaan Edian nampak ringan. Menunaikan... cukup berat. Dia mencintai Edian bukan dengan syarat wanita itu menjadi miliknya. Cukuplah Edian bahagia. Kerana keadaan begitu mendesak dan yakin; ini yang telah takdir aturkan, Nel tekad untuk nikahi Zahlia hanya kerana janji yang Edian akan bahagia dengan Haikal. Mereka akan ke jinjang pelamin pada hari yang sama. Sayang, pengantinnya berbeza. Bahagia itu ada pada hati yang reda. Tapi, memang sifat manusia. Menasihati itu mudah selama tidak terhantuk dahi sendiri. Bagaimana harus mereka telan kepahitan hari ini, demi manisnya hari esok; Sugar menjadi jawapannya. |
---|---|
Physical Description: | 627 pages 19 cm |
ISBN: | 9789674691271 |