Nur 2

Angkara percaya, tergadai bahagia.Terlepas dari cengkaman sihir, Adam nekad membawa Nur tinggal di rumah tinggalan milik Allahyarham Cik Mona. Dia berazam untuk menjaga dan melindungi cahaya cintanya itu sepenuh hati. Adam menyokong baik niat murni Nur membuka kelas pengajian untuk kanak-kanak di se...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Rose Harissa (Author)
Format: Unknown
Published: Selangor Karya Seni 2019
Subjects:
Online Access:Click Here to View Status and Holdings.
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Angkara percaya, tergadai bahagia.Terlepas dari cengkaman sihir, Adam nekad membawa Nur tinggal di rumah tinggalan milik Allahyarham Cik Mona. Dia berazam untuk menjaga dan melindungi cahaya cintanya itu sepenuh hati. Adam menyokong baik niat murni Nur membuka kelas pengajian untuk kanak-kanak di sekitar kawasan yang dianggap daki masyarakat. Manakala Nur juga seikhlas nurani mengizinkan Adam turun ke lorong demi berdakwah agar ramai lagi golongan tunasusila dapat kembali ke pangkal jalan, sama seperti dirinya.Mereka bahagia dengan cara mereka sendiri. Dengan kegembiraan yang mereka ciptakan sendiri. Namun jauh di sudut hati Hajah Musalmah, ibunya Adam, dia bagai tidak merelakan pemergian Adam untuk menetap di rumah tinggalan Nur itu. Dalam hatinya berharap Adam mahu kembali menetap bersama dengannya.Tanggapan buruk singgah mengacau benak Hajah Musalmah. Baginya, dia tak sanggup jika Adam membesarkan anak-anaknya kelak di lorong itu. Tetapi mana mungkin Nur betah berada di dalam rumah keluarga Haji Mukhsin itu kerana Hamadi muncul kembali, membuatkan Nur ketakutan risau kehormatannya cuba digugah Hamadi. Muncul pula Juita, teman Nur sewaktu di lorong. Bagi Nur, Juita harus dibantu. Bagi Adam, wanita itu sesuatu. Bagi Juita, dia tak sama seperti dulu. Yang sentiasa kalah kerana Nur, yang sentiasa terhina kerana Nur. Dia tahu, titik kelemahan Nur kini ialah Adam. Lalu Juita merapati Adam yang sedang menanggung beban hutang Darul Mukhsin.Dan Adam berasa tertampar mendengar tuduhan Juita itu. Benarkah dia memilih-milih kepada siapa dia mahu berdakwah?
Item Description:Koleksi Best Seller
Physical Description:iv, 722 pages 19 cm
ISBN:9789674691134