DEBUNGA DAN IMPLIKASI TAKSONOMI FAMILI BAKAU Rhizophoraceae, Avicenniaceae dan Sonneratiaceae

Penyesuaian morfologi debunga tumbuhan yang hidup di hutan paya bakau terhadap persekitaran masih kurang diketahui termasuk tiga family dominan dan ekslusif di hutan paya bakau iaitu Rhizophoraceae, Avicenniaceae dan Sonneratiaceae. Tumbuhan ini mempu beradaptasi dengan persekitaran ekstrem melalui...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Noraini Talip (Author), Mohd Arrabe' Ahmad Baei (Author)
Format: Book
Language:Malay
Published: Bangi UKM Press 2018
Edition:Malay : Cetakan pertama
Subjects:
Online Access:Click Here to View Status and Holdings.
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Penyesuaian morfologi debunga tumbuhan yang hidup di hutan paya bakau terhadap persekitaran masih kurang diketahui termasuk tiga family dominan dan ekslusif di hutan paya bakau iaitu Rhizophoraceae, Avicenniaceae dan Sonneratiaceae. Tumbuhan ini mempu beradaptasi dengan persekitaran ekstrem melalui pengubahsuaian akar, batang, daun, bunga atau buah. Ciri morfologi debunga bagi 19 takson daripada Rhizophoraceae, Avicenniaceae dan Sonneratiaceae di Semenanjung Malaysia telah di analisis melalui cerapan di bawah mikroskop cahaya dan mikroskop imbasan elektron. Sonneratiaceae mempunyai debunga jenis triporat, bersaiz sederhana ke besar secara relative (diameter 25-55 um), bentuk prolat (nisbah P/E 1.33-1.78), hiasan rugulat dan verukat. Debunga trikolporat dicerap dalam Avicenniaceae, size kecil ke sederhana secara relative (diameter 19-29 um), bentuk sferoid (nisbah P/E 0.96-1.11) dan hiasan retikulat. Rhizophoraceae pula mempunyai debunga jenis trikolporat, saiz kecil sehingga sederhana (diameter 11-22 um), berbentuk suboblat hingga subprolat (nisbah P/E 0.85-1.25) dan hiasan berbeza mengikut spesis daripada psilat, skabrat, perforat dan retikulat. Ciri diagnostic yang direkodkan ialah hiasan eksin striat dan retikulat pada Rhizophora x lamarckii, rugulat dan verukat bagi Sonneratia, Kandelia candel pula mempunyai dinding eksin fossulat dan rebung terdapat pada bahagian mesoporium Sonneratia alba dan S. ovata. Saiz debunga didapati mempunyai perkaitan dengan saiz bunga dan juga dengan egen pendebungaan. Ciri umum dan variasi morfologi debunga mempunyai nilai taksonomi, serta mempunyai perkaitan dengan persekitaran dan agen pendebungaan.
Physical Description:184 pages illustrations 23 cm
Bibliography:Includes bibliographical references and index
ISBN:9789674126445