Undang-undang Tubuh Kerajaan Johor 1312H/1895

Karya ini merupakan sebahagian dari hasil kajian peringkat Doktor Falsafah menerusi tesis bertajuk Implikasi Hubungan Luar Sultan Abu Bakar (1862-1895) terhadap Penggubalan Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri Johor 1312(1895). Sebahagian daripada tesis yang dirombak sebagai karya asli ini memberi tu...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Hanif Md Lateh@Junid (Author), Izziah Suryani Mat Resad (Author)
Format: Book
Language:Malay
Published: Bangi, Selangor Penerbit UKM 2018
Subjects:
Online Access:Click Here to View Status and Holdings.
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Karya ini merupakan sebahagian dari hasil kajian peringkat Doktor Falsafah menerusi tesis bertajuk Implikasi Hubungan Luar Sultan Abu Bakar (1862-1895) terhadap Penggubalan Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri Johor 1312(1895). Sebahagian daripada tesis yang dirombak sebagai karya asli ini memberi tujuan untuk kefahaman masyarakat tentang Perlembagaan Johor yang digubal pada tahun 1895 ketika era Johor. Kefahaman terhadap teks undang-undang ini sangat penting memandangkan UTKj merupakan teks perlembagaan bertulis rasmi yang pertama di Tanah Melayu dalam abad ke-19M. Kedudukan sebagai teks tunggal rasmi dalam bentuk sistem ketatanegaraan menjadi asas pengukuran ketamadunan Melayu dalam era tersebut. Selain itu, tujahan karya ini adalah untuk menyelesaikan kontradiksi dapatan kajian lalu tentang sumber rujukan penggubalan teks ini. Buku ini sesuai dimiliki oleh pelajar, orang awam, ahli akademik dan mana-mana individu yang terlibat lansung dengan cabaran pembangunan negara, pemasalahan ketatanegaraan dan perkembangan peradaban Melayu. Selain itu, individu yang terlibat dalam bidang politik, undang-undang serta sejarah dan ketamadunan wajar memiliki buku ini sebagai satu asas penting disiplin yang diikuti. Walaupun begitu, individu diluar bidang turut digalakkan membacanya, sementelahan karya ini merupakan garapan asas pada memahami teks perlembagaan berdasarkan pelbagai sudut dalam meneliti undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri Johor 1312 (1895).
Physical Description:xii, 228 pages 23 cm
ISBN:9789674126223