Nik Abdul Aziz Nik Mat Pemikiran dan Kebijakan Berpolitik

Sesungguhnya, menelusuri tentang pemikiran dan kebijakan kepimpinan Nik Abdul Aziz lewat buku ini bagaikan berkisah tentang hikayat seribu satu malam. Ini bukan justeru kisahnya bersifat terapung dan tidak berjejak di bumi nyata, tetapi kerana kejujuran diri beliau melahirkan himpunan naratif yang j...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Annual Bakri Haron (Author)
Format: Book
Language:Malay
Published: Kuala Lumpur Ilham Books 2018
Subjects:
Online Access:Click Here to View Status and Holdings.
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Sesungguhnya, menelusuri tentang pemikiran dan kebijakan kepimpinan Nik Abdul Aziz lewat buku ini bagaikan berkisah tentang hikayat seribu satu malam. Ini bukan justeru kisahnya bersifat terapung dan tidak berjejak di bumi nyata, tetapi kerana kejujuran diri beliau melahirkan himpunan naratif yang jujur. Pada saya, himpunan tulisan ini berbekas. Penulis tahu bagaimana nak meletak dan mengisikan bekas itu dengan sikap perhambaan tokoh yang dirujuknya. Jauh sekali dari masih bersifat pencarian, tema terbesar buku ini adalah penyerahan setelah Tok Guru menemui jalan pedomannya ke hadapan. Tok Guru bukan lagi mencari bahkan telah menerokai sebuah keyakinan yang lama diimaninya lalu membawanya ke tengah-tengah medan untuk dikongsikan bersama. Tok Guru dan saya - lebih dari bapa dan si anak. Lebih dari kawan biasa. Lebih dari guru di sebuah pertapaan. Tangan beliau yang saya genggami, masih terasa erat. Hujung kaki beliau, enggan saya lepaskan. Kata-katanya, masih berbekas bukan sahaja di telinga saya, bahkan di jiwa. Lantaran itu, dengan kelahiran buku ini, ia menjadi penawar duka perpisahan kami. Catatan yang menyegarkan semula ingatan. Nota-nota untuk bekal perjalanan ke hadapan. Ramuan berkhasiat untuk jiwa dan pemikiran. Peta untuk tidak ralat. Peringatan yang berguna. Dan ukiran sejarah Tok Guru atas kertas memudahkan rakaman sejarah yang berpanjangan
Physical Description:xvi, 230 pages 21 cm
ISBN:9789672007197