Kronikel One Piece Sejarah di Sebalik Manga

Seiring peredaran zaman, tamadun manusia mengalami perkembangan dalam pelbagai lapangan ilmu termasuklah ilmu perkapalan. Hal ini membolehkan ombak laut ganas yang menggulung setinggi gunung dapat dijinakkan. Lautan luas kemudian bebas diteroka. Jalan laut yang rancak dibuka sekaligus kian membudaya...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Amir Zayyanid (Author)
Format: Book
Language:Malay
Published: Ampang Patriot Publications 2019
Edition:Cetakan Pertama
Subjects:
Online Access:Click Here to View Status and Holdings.
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Seiring peredaran zaman, tamadun manusia mengalami perkembangan dalam pelbagai lapangan ilmu termasuklah ilmu perkapalan. Hal ini membolehkan ombak laut ganas yang menggulung setinggi gunung dapat dijinakkan. Lautan luas kemudian bebas diteroka. Jalan laut yang rancak dibuka sekaligus kian membudaya perdagangan maritim sehingga terbentuknya kuasa-kuasa talasokrasi yang saling berebutkan kemasyhuran, harta-benda dan tampuk pemerintahan dunia. Percaturan geopolitik ini menuntut setiap kuasa besar untuk menubuhkan armada perang tersendiri. Persenjataan laut juga tidak ketinggalan mengalami kemajuan dari semasa ke semasa, lebih-lebih lagi pada era peralihan dari Dunia Lama ke Dunia Baru. Arena pergelutan di lautan ini tidak hanya melibatkan kelas tentera sahaja, tetapi turut direncahkan dengan kehadiran para lanun yang membawa aneka misi dan personaliti.Dari lanun budiman hinggalah lanun psikopat. Dari semangat mengejar harta-karun hinggalah mempunyai impian untuk menubuhkan republik lanun. Calit-calit sejarah yang dititipkan oleh mereka; para lanun sejak sebelum era Julius Caesar hingga abad ke-21 ini mencetuskan sejuta inspirasi kepada ribuan karya, termasuklah One Piece.Meneladani budaya pemahir-pemahir teori siri 'Budak Getah' sambil seupaya mungkin menuruti piawai penulisan akademik, naskhah ini cuba menguis langsir hiburan dan menyuluhkan lensa ke arah dua pemain teater ilmiah dalam magnum opus Eiichiro Oda ini; iaitu sejarah dan biografi dunia lanun.
Item Description:Over the years, human civilization has evolved in many fields of knowledge including shipping. This allows the violent waves to rise as high as the mountain. The vast ocean is then free to explore. The vibrant sea lanes opened at once and furthered the maritime trade to the point of forming talismatic forces that fought for fame, fortune and world domination. These geopolitical regimes demanded every major power to establish its own war fleet. The seafarers also have not kept up with the progress of time, especially during the transition from the Old World to the New World. The battlefield on this lake not only involves military classes, but is also planned with the presence of pirates who carry a variety of missions and personalities. From budding pirates to psychopath pirates. From the pursuit of treasure to the dream of establishing a pirate republic. The details of the history that they have gleaned; pirates from before the time of Julius Caesar to the 21st century have inspired a million inspirations on thousands of works, including One Piece. Embracing the culture of 'The Rubber Boy' theory theorists as much as possible in keeping with academic writing standards, this paper strives to excite entertainment curtains and pointed the lens at two scientific theater players in Eiichiro Oda's magnum opus; the history and biography of the pirate world.
Physical Description:263 pages illustrations 20 cm
Bibliography:Includes bibliographical references and index
ISBN:9789671352824