Sama-Bajau Dalam Kanca Urbanisasi Pengalaman Di Telok Bone, Sulawesi Selatan
Akibat urbanisasi, kebanyakan petempatan komuniti Sama-Bajau di Asia Tenggara terintegrasi dalam bidang kuasa urban. Walaubagaimanapun, ia berlaku lebih dari aspek fizikal bukan sosio-ekonomi, maka hasilnya urbanisasi yang dialami adalah lebih bersifat ancaman daripada bersifat pembangunan masa depa...
Saved in:
Main Author: | |
---|---|
Format: | Book |
Language: | Malay |
Published: |
Kota Samarahan, Sarawak
Universiti Malaysia Sarawak Press
2010
|
Subjects: | |
Online Access: | Click Here to View Status and Holdings. |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Summary: | Akibat urbanisasi, kebanyakan petempatan komuniti Sama-Bajau di Asia Tenggara terintegrasi dalam bidang kuasa urban. Walaubagaimanapun, ia berlaku lebih dari aspek fizikal bukan sosio-ekonomi, maka hasilnya urbanisasi yang dialami adalah lebih bersifat ancaman daripada bersifat pembangunan masa depan. Buku ini adalah hasil penelitian yang telah dilakukan selama beberapa tahun terhadap komuniti Sama-Bajau di Teluk Bone, Sulawesi Selatan, Indonesia. Ia melihat impak urbanisasi ke atas mobiliti social komuniti berkenaan dan juga kaitannya dengan pembangunan yang mereka alami; dan isu ini dianalisis dalam konteks kehidupan yang merangkumi latar belakang sejarah sosial, sedentarisasi, petempatan, bahasa, interaksi dengan masyarakat sekitar, kekeluargaan, ekonomi, politik dan pendidikan. Antara persoalannya, bagaimanakah pelbagai dimensi kehidupan komuniti berkenaan mempengaruhi kebolehan mereka untuk menangani impak urbanisasi? Dalam konteks ilmiah, buku ini ini adalah sumbangan penting dalam bidang kajian urbanisasi dan komuniti dalam konteks pembangunan masyarakat pribumi dan juga kepada korpus ilmu bidang kajian masyarakat maritim dan kajian Sama-Bajau. Ianya juga sesuai sebagai bahan bacaan masyarakat umum yang ingin memahami kesan pemodenan dan pembangunan terhadap komuniti pribumi Sama Bajau secara khusus, dan juga masyarakat pribumi lain secara amnya. |
---|---|
Physical Description: | xvi, 322 pages 22 cm |
ISBN: | 9789675527036 |