PEMERINTAHAN BERAJA DI ALAM MELAYU MERENTAS ZAMAN

Pemerintahan Beraja di Alam Melayu Merentas Zaman menghuraikan beberapa pesoalan tentang kepentingan kepimpinan raja dalam sistem pemerintahan dan pentadbiran sesebuah kerajaan, negeri dan tanah jajahan takluknya. Antara persoalan itu termasuklah raja sebagai pemerintah mutlak kerajaannya dalam semu...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Other Authors: Ramlah Adam 1950- (Editor)
Format: Book
Language:Malay
Published: Kuala Lumpur DBP 2016
Edition:National government publication : Malay : Cetakan pertama
Subjects:
Online Access:Click Here to View Status and Holdings.
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Pemerintahan Beraja di Alam Melayu Merentas Zaman menghuraikan beberapa pesoalan tentang kepentingan kepimpinan raja dalam sistem pemerintahan dan pentadbiran sesebuah kerajaan, negeri dan tanah jajahan takluknya. Antara persoalan itu termasuklah raja sebagai pemerintah mutlak kerajaannya dalam semua perkara, iaitu dari segi pentadbiran, kehakiman, ekonomi, kemasyarakatan, hubungan luar dan pelindung agama Islam sejak dahulu sehingga kini. Secara keseluruhannya setiap artikel dalam buku ini membincangkan sejarah, peranan dan kepimpinan raja-raja dalam kerajaan masing-masing yang memberikan kesan dan impak kepada pemerintahan dan imej kerajaan mereka di mata dunia dan masyarakat sekelilingnya. Tindakan raja-raja itu menjadi saksi sejarah kepada tamadun yang mereka bina dan tinggalkan sebagai warisan kepada anak bangsanya. Walaupun negeri yang dibincangkan hanya beberapa buah sahaja, namun cukup menjadi bukti kepada berlakunya hubungan luar yang berat sebelah. Namun begitu, ada juga negeri Melayu yang memperlihatkan kebijaksanaan pemerintahannya dalam mengendalikan hal ehwal kerajaannya. Penerbitan buku ini dapat menambahkan lagi literatur tentang institusi raja dalam perbendaharaan ilmu warisan bangsa. Diharapkan buku ini menjadi rujukan generasi muda dalam mengendalikan penyelidikan bidang ilmu sejarah di negara ini dan menjadi pencerah kepada keraguan tentang isu-isu kepimpinan diraja dalam tamadun bangsa dan negara. Di samping itu, buku ini juga dapat dijadikan pendorong kepada penyelidikan dan penulisan yang lebih jauh sehingga dapat menghasilkan pencerahan yang lebih baik pada masa hadapan.
Item Description:On history of monarchy and its government in Malaysia.
Physical Description:xxxviii, 372 pages illustrations 23 cm
Bibliography:Includes bibliographical references and index
ISBN:9789834912437