KEMISKINAN ISU PENDAPATAN DAN PROGRAM PEMBASMIAN

Buku ini adalah hasil daripada penyelidikan atau kajian sebenar yang telah dilakukan oleh para penulis dalam buku ini. Koleksi karya ini membincangkan tentang isu dan masalah kemiskinan di Malaysia yang masih berlarutan sehingga kini. Pelbagai program telah diwujudkan oleh kerajaan bagi menangani ma...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Other Authors: Siti Hadijah Che Mat (Editor)
Format: Book
Language:Malay
Published: Sintok UUM Press 2016
Subjects:
Online Access:Click Here to View Status and Holdings.
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Buku ini adalah hasil daripada penyelidikan atau kajian sebenar yang telah dilakukan oleh para penulis dalam buku ini. Koleksi karya ini membincangkan tentang isu dan masalah kemiskinan di Malaysia yang masih berlarutan sehingga kini. Pelbagai program telah diwujudkan oleh kerajaan bagi menangani masalah kemiskinan seperti Dasar Ekonomi Baru sehinggalah ke Model Baru Ekonomi yang dilancarkan pada 2010. Tujuan semua dasar dan program yang dilaksanakan adalah untuk membantu rakyat negara ini untuk memperoleh pendapatan tinggi dan terus berkekalan tinggi. Antara topik perbincangan yang diutarakan dalam koleksi ini adalah tentang kemiskinan dan ketidaksamarataan pendapatan, punca-punca kemiskinan dan kesan kemiskinan, keperluan kepada pengukuran kemiskinan, program atau kaedah pembangunan untuk membasmi kemiskinan dan peranan badan-badan tertentu dalam menyumbang kepada peningkatan pendapatan dan pengurangan kemiskinan. Editor dan para penulis berharap buku ini dapat dijadikan rujukan oleh para pembaca terutamanya pelajar di institusi pengajian tinggi serta menjadi rujukan kepada para penyelidik yang ingin membuat rujukan dalam bidang kemiskinan. Buku ini juga boleh dijadikan rujukan oleh pembaca umum yang ingin mengetahui isu-isu kemiskinan.
Physical Description:xiv, 150 pages illustrations 23 cm
Bibliography:Includes bibliographical references and index
ISBN:9789670474977