REKA BENTUK KRAF TANGAN MELAYU TRADISI
Reka Bentuk Kraf Tangan Melayu Tradisi memperkatakan pelbagai sudut dan bidang reka bentuk kraftangan Melayu tradisi. meliputi seni tembikar, anyaman, tekstil, tekat dan batik. Siti Zainon melakukan kajian yang mendalam tentang penciptaan, pembentukan dan perkembangan tiap jenis kraftangan Melayu tr...
Saved in:
Main Author: | |
---|---|
Format: | Manuscript Book |
Language: | Malay |
Published: |
Kuala Lumpur
Dewan Bahasa dan Pustaka
2018
|
Subjects: | |
Online Access: | Click Here to View Status and Holdings. |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Summary: | Reka Bentuk Kraf Tangan Melayu Tradisi memperkatakan pelbagai sudut dan bidang reka bentuk kraftangan Melayu tradisi. meliputi seni tembikar, anyaman, tekstil, tekat dan batik. Siti Zainon melakukan kajian yang mendalam tentang penciptaan, pembentukan dan perkembangan tiap jenis kraftangan Melayu tradisi di samping mendedahkan pelbagai jenis reka bentuk kraftangan Melayu yang selama ini terpendam dan tidak diketahui umum. Penulis menggali dari sumber tradisi dan moden tentang keragaman dan kekayaan kraftangan Melayu dengan harapan memperkenalkannya kepada dunia luar betapa bangsa Melayu juga mempunyai seni kraftangan dan kesenian yang tinggi nilainya dan sewajarnya diwarisi oleh generasi baru Malaysia kini. Kraf tangan dimaksudkan sebagai hasil seni berperanan untuk kegunaan. Ia juga dicipta berdasarkan rasa senang dan disertai oleh khayalan seni. Kraf tangan juga disebut sebagai artefact yang lebih hampir kepada pengertian art atau ars dalam bahasa Latin. Dari segi etimologi, kraf tangan berasal dari bahasa Jerman, kraft, yang membawa erti kekuatan, keteguhan dan kecekapan. Seterusnya ditegaskan lagi oleh John Harvery, kekuatan ini Juga terletak pada keahlian, kecekapan dan ungkapan seperti "pengetahuan ialah kuasa". Mental juga harus mempunyai kekuatan ini. Kerana kecepatan ini akan melibatkan pemilihan dan penggunaan bahan asas. Dalam proses ciptaan inilah terkandung perkembangan reka bentuk yang teratur sejak dari proses awal hingga wujudnya satu hasil karya. Hasil penciptaan karya tidak saja melibatkan nilai praktis tetapi juga dilengkapi dengan hiasan yang terjadi serentak dengan proses penciptaan. Kerja-kerja kraftangan telah diterima sebagai 'hasil asas dari masyarakat'. Bermula dari belajar menajamkan alat-alat perkakas hingga kepada pemasangan komputer yang dibantu oleh kecekapan tangan dan fikiran. |
---|---|
Physical Description: | xxiii, 344 pages : illustrations 26 cm |
Bibliography: | Includes bibliographical references (pages 329-333) and indexes |
ISBN: | 9789834903121 |