mr.Babe magnet???NOT!!!
ZAYN AZZIKRI sering memandang serong akan hubungan akrab antara anak saudaranya, Naim dengan AZZAHRA HUSNA. Dia tidak percaya wujudnya persahabatan antara lelaki dengan perempuan tanpa melibatkan hati dan perasaan. Dia yakin Azzahra menyimpan perasaan terhadap Naim dan hanya menunggu masa telahannya...
Saved in:
Main Author: | |
---|---|
Format: | Book |
Language: | Malay |
Published: |
Kuala Lumpur
Love Novel
2017
|
Subjects: | |
Online Access: | Click Here to View Status and Holdings. |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Summary: | ZAYN AZZIKRI sering memandang serong akan hubungan akrab antara anak saudaranya, Naim dengan AZZAHRA HUSNA. Dia tidak percaya wujudnya persahabatan antara lelaki dengan perempuan tanpa melibatkan hati dan perasaan. Dia yakin Azzahra menyimpan perasaan terhadap Naim dan hanya menunggu masa telahannya terbukti benar. Azzahra, pernah digelar perigi mencari timba kerana dari kecil hinggalah dia berusia 17 tahun, usaha serta impiannya hanya satu. Mahu menjadi isteri kepada sepupunya, Farouk. Ditolak berkali-kali oleh Farouk, akhirnya membuatkan Azzahra sedar diri. Farouk tidak akan sekali-kali menjadi miliknya. Maka Azzahra membuat keputusan untuk kuburkan saja setiap rasa dalam hatinya. Suatu insiden yang melibatkan keluarga Farouk telah membuatkan Azzahra tersepit di tengah-tengah. Dia buntu. Tunang Farouk yang lari, mengapakah dia yang perlu menjadi galang gantinya? Walaupun dulu Farouk menjadi idaman hati, tapi kini rasa itu sudah tiada lagi. Demi menyelamatkan maruah keluarga, Azzahra sanggup berkorban asalkan bukan berkahwin dengan Farouk. Disebabkan terdesak, Azzahra melamar Zayn, lelaki yang selama ini disangka tidak suka akan dirinya. Zayn sering bercakap kasar dengannya, tetapi dia sentiasa ada tatkala Azzahra dalam kesusahan. Dan Zayn tidak perlu berfikir dua kali. Azzahra akan diangkat menjadi isteri. "Bukan main gatal kau nak kahwin, kan? Belum habis sekolah lagi dah fikir nak kahwin..." - Zayn "Pompuan sekarang ni semuanya tak berkualiti. Macam kaulah. Kalau kau berkualiti, sepupu kau tu mesti nak kat kau!" - Zayn Tiada yang manis dalam bicara Zayn. Semuanya sinis belaka. Azzahra yang serik akibat sering ditolak oleh Farouk dulu, tidak meletakkan sebarang harapan pada perkahwinannya. Maka hatinya dijaga rapi. Tiada usaha untuk merapatkan hubungannya dengan Zayn. Dan ketika bekas kekasih Zayn datang menagih simpati, Azzahra terkedu sendiri. Mengapakah begitu mudah Zayn menerima lamaran Azzahra? Apa motifnya? Dan tatkala Zayn seakan berubah hati, perlukah Azzahra angkat kaki? |
---|---|
Physical Description: | 571 pages : 19 cm |
ISBN: | 9789670907567 |