Sekilas Bicara Politik Malaysia
Landskap politik lokal sentiasa menjadi rencah dalam perbincangan masyarakat Malaysia pada masa kini. Dek kerana pelbagai perkara yang dilihat menggembirakan dan menghimpit kehidupan rakyat mewujudkan satu paradigma iklim politik yang semakin meriah dalam konteks negara demokrasi. Peranan setiap ind...
Saved in:
Main Author: | |
---|---|
Format: | Book |
Language: | Malay |
Published: |
Kuala Lumpur
Penerbit Universiti Malaya
2017
|
Subjects: | |
Online Access: | Click Here to View Status and Holdings. |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Summary: | Landskap politik lokal sentiasa menjadi rencah dalam perbincangan masyarakat Malaysia pada masa kini. Dek kerana pelbagai perkara yang dilihat menggembirakan dan menghimpit kehidupan rakyat mewujudkan satu paradigma iklim politik yang semakin meriah dalam konteks negara demokrasi. Peranan setiap individu dan pemimpin negara amat signifikan dalam menentukan hala tuju dan masa depan negara. Tidak hanya bersandarkan ketentuan dan kemenangan melalui pilihan raya yang diadakan sahaja, tanggungjawab para pemimpin negara harus sentiasa berkhidmat untuk rakyat dan memastikan kebajikan serta keselesaan hidup sentiasa terjamin. Penceritaan buku ini juga menyebut tentang amalan feudal yang pernah menjengah dalam sistem kepimpinan negara yang telah membentuk sifat ketaatan dan kesetiaan rakyat terhadap pemimpin yang dikenali sebagai sultan, pembesar, menteri, penghulu dan sebagainya. Kesetiaan ini telah memupuk hubungan pertalian antara pemimpin dengan yang dipimpin (pemimpin dan rakyat). Sifat ini berpindah dari masa ke masa mengikut peredaran masa dan cuaca politik negara. Malah, sifat hegemoni yang sebati dalam budaya politik Malaysia juga mengikut arus kepimpinan politik telah menjadikan perjuangan politik semakin terbuka dari hari ke hari. Justeru tidak dilupakan kehadiran suara anak muda dan kaum wanita dalam memperjuangkan idea dan kepentingan hak merancakkan lagi demokrasi Malaysia adalah amat signifikan. Anak muda dilihat akan mewarnai dan menggegarkan perubahan politik lokal dan peranan mereka amat menarik diketengahkan dalam perbincangan seharian. Kelebihan atau keutamaan yang diberikan kepada kaum wanita dalam pelbagai aspek merupakan tindakan yang amat positif demi perkembangan ekonomi yang semakin menjadi tumpuan utama banyak pihak. |
---|---|
Item Description: | Includes index |
Physical Description: | xxii, 198 pages 23 cm |
ISBN: | 9789831008928 |