Nuansa Ukiran Kayu Melayu
Ukiran Kayu Melayu Tradisi merupakan buku berilustrasi bagi bacaan umum ini memaparkan pelbagai aspek seni ukiran kayu yang terdapat pada rumah-rumah Melayu. Gambar dan ilustrasi yang dimuatkan secara terperinci lagi jelas dapat membantu pembaca memahami nilai seni yang terdapat pada seni ukiran kay...
Saved in:
Other Authors: | , , |
---|---|
Format: | Manuscript Book |
Language: | Malay |
Published: |
Kuala Lumpur
Akademi Pengajian Melayu, Universiti Malaya
2015
|
Edition: | State or province government publication : Malay |
Subjects: | |
Online Access: | Click Here to View Status and Holdings. |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Summary: | Ukiran Kayu Melayu Tradisi merupakan buku berilustrasi bagi bacaan umum ini memaparkan pelbagai aspek seni ukiran kayu yang terdapat pada rumah-rumah Melayu. Gambar dan ilustrasi yang dimuatkan secara terperinci lagi jelas dapat membantu pembaca memahami nilai seni yang terdapat pada seni ukiran kayu Melayu tradisidan menikmati keindahannya. Buku ini juaga menjelaskan sejarah asal usul motif ukiran tersebut, falsafah hidup,budi bahasa dan sopan-santun "Orang Melayu" yang telah diterapkan ke dalam motif-motif ukiran kayu tersebut.Di Semenanjung Malaysia seni ukiran tidak dapat dipisahkan daripada seni rupa kerana ia merupakan satu bentuk seni dalam bidang yang sama. Bidang ini pula tidak dapat dipisahkan daripada kebudayaan Melayu yang berterusan sepanjang zaman. Jika disorot kembali masa-masa yang lampau dengan mengambil titik permulaan dari peralihan zaman prasejarah ke era zaman sejarah, terdapat satu zaman yang penuh mencabar bagi bangsa Melayu, iaitu zaman yang digelar Zaman Kebudayaan Batu Hidup atau Megalitik. Pada zaman itu manusia Melayu telah mula mendirikan tugu-tugu batu yang mempunyai nilai-nilai spiritual berhubung dengan kepercayaan yang berbentuk anemisme dan pemujaan leluhur yang mereka anuti ketika itu.Zaman yang telah ditinggalkan beribu-ribu tahun lampau itu masih mampu memperlihatkan kesan-kesan peninggalan monumen kepada generasi pada masa ini. Contoh-contoh ini menunjukkan bahawa mereka juga menghayati apa yang dikatakan seni ukiran dan seni rupa, walaupun mereka sendiri mungkin tidak pernah terfikir atau menerima ilmu yang mengutamakan keindahan dan penciptaan keindahan baik daripada sudut falsafah sosial mahupun daripada sudut sosiobudaya. |
---|---|
Physical Description: | xiii, 294 pages color illustrations 22 cm |
ISBN: | 9789670380568 |