PANDANGAN DUNIA MELAYU Pancaran Sastera
Kesusasteraan - lisan dan tulisan - ialah khazanah terbesar dan terpenting tentang cara berfikir bangsa Melayu, konsep alam dan masyarakat serta nilai-nilainya. Begitu juga konsep manusia baik dan buruk serta estetikanya. Dalam buku ini Muhammad Haji Salleh, Noriah Taslim, Siti Hajar Che Man, Sohaim...
Saved in:
Other Authors: | |
---|---|
Format: | Book |
Language: | Malay |
Published: |
Kuala Lumpur
Dewan Bahasa dan Pustaka
2012
|
Subjects: | |
Online Access: | Click Here to View Status and Holdings. |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Summary: | Kesusasteraan - lisan dan tulisan - ialah khazanah terbesar dan terpenting tentang cara berfikir bangsa Melayu, konsep alam dan masyarakat serta nilai-nilainya. Begitu juga konsep manusia baik dan buruk serta estetikanya. Dalam buku ini Muhammad Haji Salleh, Noriah Taslim, Siti Hajar Che Man, Sohaimi Abdul Aziz dan Zakaria Ali menggeledah khazanah besar sastera tradisional yang kaya untuk mencari falsafah alam, konsep ruang, konsep hubungan dalam keluarga dan masyarakat, rangka keindahan yang berdasarkan kesedihan serta bagaimana estetika dalam Sulalatt al Salatin juga masih hadir dalam karya-karya pelukis mutakhir.Inilah kali pertama kajian sedemikian dilaksanakan. Pengarang-pengarangnya berjaya masuk ke dalam jiaw dan akal manusia awal dan menerangi liku-liku ruang pandangan hidup n falsafah mereka. Mereka menawarkan sudut pandangan, gagasan serta wawasan yang menjelaskan lagi jiwa dan pemikiran Melayu. Oleh sebab persoalan yang ditimbulkan bersifat rentas disiplin maka kajian mereka boleh dikongsi bersama pembaca daripada semua bidang.Buku ini diberi Pengenalan oleh Muhammad Haji Salleh yang kini menjadi Delo Kanan, dan Profesor di Pusat Penyelidikan Dasar dan Antarabangsa, Universiti Sains Malaysia. Beliau sudah menerbitkan lebih 50 buah buku kajian, puisi, kritikan, transkripsi, teori dan terjemahan. Pada 1991 beliau dinobat sebagai Sasterawan Negara Malaysia dan pada 2009 sebagai Tokoh Akademik Negara.Pengalaman Kesarjanaan membawa beliau mengajar di banyak negara termasuk di Asia , Eropah, Amerika dan Australia serta Polinesia. Karya-karya Muhamad sering memperkenalkan sudut dan daerah baru dalam kajian mutakhir di Malaysia dan Indonesia. Kini beliau sedang menyiapkan buku-buku puisi, terjemahan sastera lama, puisi lestari, alih aksara Hikayat Isa Yatim, diaspora Nusantara serta kajian Tun Seri Lanang. |
---|---|
Item Description: | Op titelp.: Sasterawan Negara Muhammad Haji Salleh |
Physical Description: | xvii, 228 pages illustrations 22 cm |
Bibliography: | Includes bibliographical references and index |
ISBN: | 9789834607586 |