ISTIADAT NAIK BUAI

Dipercayai bermula dari kisah seorang ibu yang mempunyai seorang bayi yang menangis tanpa henti. Kemudiannya bayi itu diangkat lalu dibaringkan di atas lengan sambil dihayun ke kiri dan ke kanan. Dengan perlakuan itu bayi tersebut pun berhenti menangis lalu si ibu pun mencari guni dan tali akar memp...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Other Authors: Habsah binti Mohd Noordin editor
Format: Book
Language:Malay
Published: Ipoh, Perak Pejabat Kebudayaan dan Kesenian Negeri Perak, Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Pelancongan Malaysia 2004
Subjects:
Online Access:Click Here to View Status and Holdings.
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Dipercayai bermula dari kisah seorang ibu yang mempunyai seorang bayi yang menangis tanpa henti. Kemudiannya bayi itu diangkat lalu dibaringkan di atas lengan sambil dihayun ke kiri dan ke kanan. Dengan perlakuan itu bayi tersebut pun berhenti menangis lalu si ibu pun mencari guni dan tali akar mempapan lalu diikat dan digantung menjadi buaian. Bayi tersebut diletakkan di atas buaian lalu dibuai sehingga nyenyak.Susun Atur Istiadat Sebelum dimulakan, buaian terlebih dahulu disediakan. Mengikut adat, bagi anak-anak orang kebanyakan, kain buaian dibuat tiga lapis manakala bagi anak-anak keluarga bangsawan, kain buaian dibuat tujuh lapis manakala bagi kerabat diraja sebanyak sembilan lapis. Kemudian, buaian diperasapkan dengan kemenyan bagi menjauhkan perkara yang tidak diingini. Sebelum bayi dinaikkan, terlebih dahulu akan menjalani upacara memotong rambut (bercukur). Upacara dijalankan dengan menjampi dan menepung tawar kepala bayi dan menggunting sedikit rambut bayi itu sambil diiringi dengan alunan marhaban. Bayi akan dibawa mengelilingi ahli-ahli marhaban di mana setiap ahli akan menggunting sedikit rambut bayi tersebut. Rambut bayi akan dimasukkan ke dalam nyiur muda supaya rambut bayi itu akan tumbuh subur dan lebat seperti sabut nyiur. Kemudian helaian rambut tersebut akan ditanam di pangkal pokok pisang yang bertujuan agar kepala bayi akan merasa sejuk dan menggalakkan pertumbuhan rambut.
Physical Description:23 pages color illustrations 21 cm
ISBN:9789834160401