GPS CINTA

Amylia dan Khairil Azree bahagia dan punya anak kembar. BFF masing-masing pula masih bujang trang tang-tang. Hidup sunyi tidak berteman. Sepakatlah suami dan isteri mahu menjayakan misi bantuan jodoh antara Taufiq dan Hidayah sehingga duduk bersanding di atas pelamin.Malangnya hati Taufiq tidak terb...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Arysa Nasir (Author)
Format: Book
Language:Malay
Published: Shah Alam, Selangor Grup Buku Karangkraf 2015
Subjects:
Online Access:Click Here to View Status and Holdings.
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Amylia dan Khairil Azree bahagia dan punya anak kembar. BFF masing-masing pula masih bujang trang tang-tang. Hidup sunyi tidak berteman. Sepakatlah suami dan isteri mahu menjayakan misi bantuan jodoh antara Taufiq dan Hidayah sehingga duduk bersanding di atas pelamin.Malangnya hati Taufiq tidak terbuka menerima 'salam perkenalan' Hidayah yang dibawakan oleh Amylia dan Khairil Azree. Apabila kena 'reject' mentah-mentah, Hidayah jadi 'tak hingin' dengan Taufiq. Mereka 'berperang' tanpa mengenali paras rupa dan peribadi masing-masing.Misi bantuan jodoh menemui jalan sukar. Taufiq impikan gadis Latino yang jelita. Hidayah pula tinggi standard piawaiannya dalam mencari teman hidup. Bukan calang-calang lelaki dapat menawan hatinya.Dalam diam, penolakan Taufiq terhadap Hidayah rupa-rupanya ada 'udang di sebalik batu'. Taufiq tidak mahu kahwin dengan perempuan lain kerana dalam hatinya sudah beraja seorang wanita istimewa. Taufiq memburu Cinderella Khay yang tidak pasti. Bila sudah memandang Hidayah, hati masih berbelah bahagi. Gara-gara Taufiq versus Hidayah, rumah tangga Amylia dan Khairil Azree pula dilanda tsunami. Taufiq wajib kahwin! Kalau tidak, ada hati yang akan merana. Hidayah tak mahu kahwin! Sebab hati Taufiq sudah ada simpuhannya. Kalau itu berterusan, Amylia dan Khairil Azree pula yang akan jadi gila! Bila hati bersimpuh di ruang yang salah, di mana pula cinta sejati hendak bertamu?
Physical Description:516 pages 18 cm
ISBN:9789674461928