PSIKOSPIRITUAL ISLAM

Psikospiritual Islam merupakan satu konsep pengabdian dan penyerahan kepada Tuhan yang Maha Agung. Ia menjadi wasilah bagi seseorang hamba merawat jiwa atau rohaninya dengan berpandukan kepada manual yang ditetapkan Allah s.w.t. Melalui wasilah yang ditetapkan ini, diri, jiwa dan roh seseorang manus...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Other Authors: Mohd. Shahril Othman
Format: Book
Language:Malay
Published: Terengganu PENERBIT UNIVERSITI SULTAN ZAINAL ABIDIN 2014
©2014
Series:Isu-isu kontemporari dalam al-Quran
Subjects:
Online Access:Click Here to View Status and Holdings.
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Psikospiritual Islam merupakan satu konsep pengabdian dan penyerahan kepada Tuhan yang Maha Agung. Ia menjadi wasilah bagi seseorang hamba merawat jiwa atau rohaninya dengan berpandukan kepada manual yang ditetapkan Allah s.w.t. Melalui wasilah yang ditetapkan ini, diri, jiwa dan roh seseorang manusia akan stabil dan sukar untuk diselewengkan ke arah jalan kegelapan. Oleh kerana itu, konsep Psikospiritual Islam sangat menepati fitrah asal kejadian manusia sehingga perbincangan mengenainya semakin mendapat tempat dalam kalangan para penyelidik akademik di institusi pengajian tinggi tempatan dewasa ini. Penghayatan terhadap konsep Psikospiritual Islam secara hakiki menjadi pemangkin yang membantu seseorang Muslim merasai kehadiran pengawasan dan pemerhatian Allah s.w.t. dalam segenap amalan atau perbuatan yang dilakukan tanpa mengira masa atau tempat. Hal ini dapat membantu hati untuk sentiasa mengingati Allah s.w.t. Tanpa disedari, seorang Muslim dapat merealisasikan konsep tadabbur dan penghayatan makna kandungan al-Quran dalam agenda hariannya. Malahan, ia turut menyuntik sifat ikhlas secara maksimum bagi individu Muslim dalam memperjuangkan kedaulatan Islam yang dipandu dengan sifat wasatiyyah Islam. Pada masa yang sama, ia dapat menghindarkan aspek negatif dalam perjuangan agama seperti menggalakkan ke arah perpecahan ataupun pembunuhan dalam kalangan ummah.
Physical Description:97 pages 23 cm
Bibliography:Includes bibliographical references (pages 96-97) and index
ISBN:9789839842838