PEMERINTAHAN KERAJAAN DINASTI BANI UMAYYAH ANDALUS (SEPANYOL) DAN KERAJAAN-KERAJAAN KECIL ISLAM LAINNYA (138-897H 755-1493M)

Kerajaan Dinasti Bani Ummayyah Andalus (Sepanyol) muncul di atas tapak sebahagian tanah taklukan atau milik Kerajaan Dinasti Bani Abbasyiyah yang baru beberapa tahun dirampas mereka dari tangan Kerajaan Dinasti Bani Umayyah pertama yang merupakan kerajaan Islam sebelumnya dan yang berjasa membuka ne...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Other Authors: Tarikuddin Hj Hassan (Editor)
Format: Manuscript Book
Language:English
Malay
Published: JOHOR BAHRU PERNIAGAAN JAHABERSA 2013
Subjects:
Online Access:Click Here to View Status and Holdings.
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kerajaan Dinasti Bani Ummayyah Andalus (Sepanyol) muncul di atas tapak sebahagian tanah taklukan atau milik Kerajaan Dinasti Bani Abbasyiyah yang baru beberapa tahun dirampas mereka dari tangan Kerajaan Dinasti Bani Umayyah pertama yang merupakan kerajaan Islam sebelumnya dan yang berjasa membuka negara Andalus yang ketika itu adalah milik kerajaan Kristian Eropah. Ini bereti Kerajaan Dinasti Bani Umayyah Andalus telah merampas oleh Kerajaan Dinasti Bani Abbasiyyah yang pusat pemerintahannya di kota Anabr , negeri Iraq (ketika itu belum berpindah ke kota Bahgdad). Selain memperkatakan sejarah kerajaan dinasti bani Umayyah di negara Andalus, di dalam buku ini penyusun cuba memperkatakan juga kerajaan-kerajaan Islam yang lain yang memerintah negara Andalus setelah kerajaan dinasti bani Umayyah Andalus tumbang sekadar yang termampu oleh penyusun. Kerajaan-kerajaan yang dimaksudkan itu ialah kerajaan-kerajaan Raja-raja Puak dan kerajaan-kerajaan Murabitun, Muwahhidun dan terakhir sekali ialah kerajaan dinasti bani Nasriyyah atau kerajaan dinasti bani Ahmar. Kerajaan-kerajaan Raja Puak adalah merupakan kerajaan-kerajaan Islam yang kecil-kecil yang muncul ketika kerajaan dinasti bani Umayyah Analus masih lagi berkuasa. Manakala kerajaan-kerajaan Murabitun, Muwahhidun dan bani Nasriyyah atau bani Ahmar adalah merupakan kerajaan-kerajaan yang lebih besar daripada kerajaan Raja-raja Puak meskipun tidak sebesar kerajaan dinasti bani Umayyah Andalus. Kerajaan-kerajaan yang tiga ini muncul atau berdiri setelah kerajaan Raja-raja puak berakhir atau hampir berakhir.
Physical Description:xxiii, 224 pages 25 cm.
ISBN:9789673083831