Gagasan Kesyumulan Fiqh Muamalat dalam Sistem Kewangan Islam
Buku ini menjadi asas memahami gagasan ilmu dan minda fiqh muamalat dalam menjana inovasi pelbagai produk dalam sistem kewangan Islam yang boleh merungkai segala persoalan dalam pembangunan sisitem ekonomi dan kewangan. Dengan memahami gagasan dan kesyumulan forensik fiqh muamalat pastinya boleh mem...
Saved in:
Main Author: | |
---|---|
Format: | Book |
Language: | Malay |
Published: |
Bangi, Selangor D.E. Malaysia
PENERBIT UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA
2016
|
Subjects: | |
Online Access: | Click Here to View Status and Holdings. |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Summary: | Buku ini menjadi asas memahami gagasan ilmu dan minda fiqh muamalat dalam menjana inovasi pelbagai produk dalam sistem kewangan Islam yang boleh merungkai segala persoalan dalam pembangunan sisitem ekonomi dan kewangan. Dengan memahami gagasan dan kesyumulan forensik fiqh muamalat pastinya boleh membawa pendekatan yang harmoni kerana setiap individu dapat memahami perkara asas yang menjadi garis panduan mudah bagi mencari jalan penyelesaian. Asas kesempurnaan kaedahnya adalah berdasarkan hukum asal sesuatu perkara itu dibolehkan sehinggalah ada dalil yang menyatakan sebaliknya, dan setiap perkara itu mestilah dirujuk apakah ianya termasuk dalam dalil yang jelas (nass qat'iy) atau dalil ijtihadiy; apakah ianya termasuk dalam persoalan usul (asal) atau furu' (cawangan); diiftifaq (disepakati) atau diikhtilaf (berbeza pendapat). Jika perkara itu dapat dikenal pasti, dibuktikan dengan jelas dan meyakinkan, maka hal tersebut akan dapat menyelesaikan pertikaian yang timbul. Inilah uniknya gagasan ilmu dan minda kesyumulan forensik fiqh muamalat dalam sistem ekonmomi dan kewangan Islam. Mereka yang berilmu dalam apa jua bidang - baik aqidah, aqliyah dan naqliyah termasuk syariah, muamalat, ekonomi dan kewangan Islam wajib berusaha merungkai persoalan yang timbul yang diperlukan oleh masyarakat dan negara. Kesemuanya itu menjadi waqaf minda saham yang dijamin keuntungannya di akhirat. Penulisan dalam buku ini boleh dijadikan asas penerokaan gagasan minda, struktur ilmu dan panduan bagi memahami konsep dan falsafah ilmu yang memerlukan integrasi kefahaman dari semua segi dan diamalkan mengikut yang sewajarnya dilakukan. |
---|---|
Physical Description: | 365 pages 23 cm |
Bibliography: | Includes bibliographical references and index |
ISBN: | 9789674123369 |