AL-TAFSIR AL-MAWDUI Lafaz al-Nafar dalam al-Quran

Buku ini membincangkan salah satu kosa kata yang terdapat dalam al-Quran, iaitu lafaz al-Nafar. Sesungguhnya istilah ini telah dikemukakan dengan begitu jelas oleh al-Quran dan telah direalisasikan oleh Rasulullah SAW suatu ketika dahuku. Pada hakikatnya lafaz al-Nafar mempunyai pertalian yang amat...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Abur Hamdi Usman (Author)
Other Authors: Mazlan Ibrahim
Format: Book
Language:Malay
Published: Bangi, Selangor Penerbit UKM 2014
Subjects:
Online Access:Click Here to View Status and Holdings.
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Buku ini membincangkan salah satu kosa kata yang terdapat dalam al-Quran, iaitu lafaz al-Nafar. Sesungguhnya istilah ini telah dikemukakan dengan begitu jelas oleh al-Quran dan telah direalisasikan oleh Rasulullah SAW suatu ketika dahuku. Pada hakikatnya lafaz al-Nafar mempunyai pertalian yang amat rapat dengan konsep jihad. Ini kerana salah satu antara makna al-Nafar senada dengan makna jihad, iaitu menyeru dengan penuh semangat untuk berperang di jalan Allah SWT melawan musuh-musuh Islam. Namun, kajian tentang jihad telah banyak dijalankan oleh para sarjana dengan menggunakan pendekatan yang pelbagai, sedangkan lafaz al-Nafar masih jarang bahkan sangat sukar ditemui dalam kajian yang sedia ada. Kalau adapun hanya menyebut secara umum sahaja, tidak secara terperinci. Walau bagaimanapun, perlu diambil perhatian bahawa kedua-dua lafaz ini mempunyai perbezaan yang amat signifikan. Tambahan pula, istilah al-Nafar amat asing di telinga umat Islam, apatah lagi pengetahuan terhadap makna, klasifikasi dan peranannya dalam kehidupan sosial. Justeru, buku ini telah menganalisis makna al-Nafar yang amat penting untuk difahami khususnya umat Islam yang mempunyai tanggungjawab mempertahankan Islam daripada sebarang ancaraman serta tugasan dakwah yang diamanahkan di atas bahu mereka. Sehubungan dengan itu, buku ini turut memberikan penekanan kepada beberapa konsep penting hang ada hubung kaitnya dengan lafaz al-Nafar dan pentasirannya secara khusus berdasarkan al-Quran dan penjelasannya menerusi hadis Rasulullah SAW dan sumber lainnya yang sahih dengan menggunakan metode tematik
Item Description:Contain verses from the Quran
Physical Description:148 pages 23 cm.
Bibliography:Includes bibliographical references and index
ISBN:9789674121891