AMALAN HISBAH DI MALAYSIA

Buku ini merupakan sebuah buku yang menarik dan berjaya mengetengahkan salah satu daripada khazanah ilmu pengurusan Islam, iaitu Hisbah. Hisbah pada umumnya merupakan suatu bentuk pengawasan yang dilakukan untuk melaksanakan perintah Allah SWT menerusi seruan amar ma'ruf nahi mungkar. Pelaksan...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Azrin Ibrahim (Author)
Format: Book
Language:Malay
Published: Kuala Lumpur Dewan Bahasa dan Pustaka ©2014
Subjects:
Online Access:Click Here to View Status and Holdings.
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Buku ini merupakan sebuah buku yang menarik dan berjaya mengetengahkan salah satu daripada khazanah ilmu pengurusan Islam, iaitu Hisbah. Hisbah pada umumnya merupakan suatu bentuk pengawasan yang dilakukan untuk melaksanakan perintah Allah SWT menerusi seruan amar ma'ruf nahi mungkar. Pelaksanaannya meliputi seluruh aspek dalam kehidupan dan mencakupi pelbagai dimensi sosial. Hisbah juga merupakan salah satu komponen dalam pengurusan Islam yang lahir daripada salah satu proses yang memperlengkap sesebuah aktiviti kepengurusan secara Islam. Sebagaimana yang tercatat dalam sejarah, Hisbah telah dilaksanakan dalam sistem pemerintahan dan pentadbiran Islam suatu ketika dahulu. Hal ini secara tidak langsung menunjukkan bahawa Hisbah mempunyai hubung kait yang sangat rapat dan tidak dapat dipisahkan dengan aktiviti kepengurusan dan pentadbiran. Dengan erti kata lain, pelaksanaan sistem pengurusan Islam yang holistik dan bersepadu perlu kepada Hisbah dan perlu ditekankan sama ada pada peringkat falsafah, mekanisme mahupun pelaksanaan. Buku ini juga meneliti beberapa institusi pembangunan, iaitu Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK), Dewan Bandar Raya Kuala Lumpur (DBKL) dan Majlis Perbandaran Kota Baharu (MPKB) yang melaksanakan fungsi pengawasan dan berusaha ke arah merealisasikan amar ma'ruf nahi munkar. Dengan terhasilnya perbincangan dan penelitian tersebut, maka akan terjawab persoalan utama yang cuba diungkap dalam buku ini, iaitu berkaitan kedudukan pengamalan Hisbah di Malaysia.
Physical Description:xxiii, 113 pages 22 cm.
Bibliography:Includes bibliographical references and index
ISBN:9789834614850