Nostalgia MEDAN SELERA Allahyarham Haji Ahmad bin Yaakub Al-Johori
Buku Nostalgia Medan Selera ini mengumpulkan resipi-resipi terpilih Allahyarham Haji Ahmad bin Yaakub Al-Johori yang amat popular di kalangan penggemar-penggemar masakan tradisional Johor, Arab, Jawa, Cina, India, Peranakan, Inggeris, dan lain-lain sejak daripada awal tahun 50an lagi. Allahyarham te...
Saved in:
Main Author: | |
---|---|
Other Authors: | , , , , , |
Format: | Book |
Language: | Malay |
Published: |
Selangor
Shakespot Sdn. Bhd.
2012
|
Subjects: | |
Online Access: | Click Here to View Status and Holdings. |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Summary: | Buku Nostalgia Medan Selera ini mengumpulkan resipi-resipi terpilih Allahyarham Haji Ahmad bin Yaakub Al-Johori yang amat popular di kalangan penggemar-penggemar masakan tradisional Johor, Arab, Jawa, Cina, India, Peranakan, Inggeris, dan lain-lain sejak daripada awal tahun 50an lagi. Allahyarham telah mengumpul resipi-resipi tersebut di dalam perjalanan hidup seharian beliau, sama ada ketika berjumpa Wak Satay di tepi jalan, tukang masak di restoran Cina, tukang masak orang British, ataupun ketika mengembara di Mesir. Beliau sangat gemar bertanya dan mencatat ramuan yang digunakan di dalam masakan-masakan tersebut, menentukan sukatannya yang betul dan tepat, serta mengabdikannya di dalam buku kalamnya. Koleksi resipi-resipi ini memberi gambaran sebenar sejarah Malaya yang terkenal sebagai tempat persinggahan saudagar-saudagar dari negara-negara Eropah, China, India dan Timur Tengah. Koleksi resipi-resipi ini telah pun diterbitkan sebelum ini dengan dengan nama Medan Selera sebanyak tiga kali, termasuklah terbitan sulung yang ditulis dalam Jawi sepenuhnya. Penerbitan keempat ini adalah hasil usaha sama cucunda-cucunda Allahyarham Haji Ahmad bin Yaakub Al-Johori ini yang menyedari akan betapa perlunya resipi-resipi ini dipermodenkan sejajar dengan peredaran dan perkembangan zaman. Buat cucunda-cucunda Allahyarham ini, tidak kira lelaki atau perempuan, buku Medan Selera telah menjadi panduan memasak mereka sejak zaman muda lagi. Ia menjadi warisan kekal daripada datuk mereka. Di dalam penerbitan terkini, kami ingin mengembalikan nostalgia resipi-resipi hebat Allhyarham, semoga terubatlah rindu pencinta Medan Selera yang tercari-cari akan buku ini sejak sekian lama menghilang daripada pandangan. Kami berharap agar Nostalgia Medan Selera ini akan menjadi panduan masakan berguna buat generasi akan datang. |
---|---|
Item Description: | Includes index |
Physical Description: | 216 pages illustrations 30 cm |
ISBN: | 9789671132128 |