PEMANTAPAN DAN PEMBINAAN ILMU LINGUISTIK BERASASKAN KORPUS

Sajak yang tersurat biasanya mengandungi makna tersirat yang dizahirkan dengan penggunaan pelbagai jenis bahasa figuratif (BF). Personifikasi tergolong ke dalam BF ini. Untuk mendapat interpretasi sebenar, sesebuah sajak memerlukan usaha interpretasi yang tinggi terutama sekali apabila mengambil kir...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Other Authors: Fazal Mohamed Mohamed Sultan (Editor), Norsimah Mat Awal (Editor), Harishon Radzi (Editor)
Format: Book
Language:Malay
Published: Bangi Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia 2012
Subjects:
Online Access:Click Here to View Status and Holdings.
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Sajak yang tersurat biasanya mengandungi makna tersirat yang dizahirkan dengan penggunaan pelbagai jenis bahasa figuratif (BF). Personifikasi tergolong ke dalam BF ini. Untuk mendapat interpretasi sebenar, sesebuah sajak memerlukan usaha interpretasi yang tinggi terutama sekali apabila mengambil kira BF yang bebas digunakan dalam penciptaan sajak. Oleh itu, kertas kerja ini mencadangkan aplikasi TR dalam menentukan makna tersirat dalam sebuah sajak yang memaparkan BF personifikasi dalam penciptaannya. TR yang menekankan tiga gagasan utama iaitu konteks, kesan konteks dan usaha memproses di samping subgagasan seperti penggayaan, pemilihan rujukan dan penyahtaksaan maklumat yang diasaskan oleh Sperber dan Wilson (1986) diyakini dapat meminimumkan usaha interpretasi berkenaan. Selain itu, dalam TR juga terdapat konsep ad hoc, iaitu ad hoc perluasan atau ad hoc penyempitan yang membenarkan kita melihat kepada kehadiran baris-baris lain atau leksikal-leksikal lain dalam sajak yang sama sebagai sumber penggayaan atau rujukan yang digunakan untuk mencapai relevan yang optimum, kerana dalam TR semakin rendah usaha memproses sesuatu ujaran semakin tinggilah kesahannya. 5 data personifikasi utama daripada 5 buah sajak Sasterawan Negara Usman Awang (UA) dikemukakan untuk dianalisis. Analisis 5 data utama ini dikukuhkan lagi dengan analisis beberapa data sampingan yang dikesan berdasarkan konsep ad hoc tadi. Setelah makna sebenar dicapai, kajian ini akan seterusnya mengemukakan kesan emosi yang timbul daripada interpretasi tadi.
Physical Description:363 pages 23 cm
Bibliography:Includes bibliographical references (p. 345-360) and index
ISBN:9789674120306