Sejarah Johor dalam Pelbagai Perspektif
Sejarah Johor dalam Pelbagai Perspektif berusaha untuk menganalisis perkembangan intelektual yang berlaku dalam kerajaan Johor-Riau. Sesungguhnya, sejarah negeri Johor merakamkan pelbagai bidang yang telah menyumbang kepada pembentukan peradaban Melayu yang gemilang. Ini diperkukuhkan dengan kepimpi...
Saved in:
Main Author: | |
---|---|
Format: | Book |
Language: | Malay |
Published: |
Johor Bahru, Johor Darul Ta'zim
Penerbit UTM Press, Universiti Teknologi Malaysia
2011
©2011 |
Subjects: | |
Online Access: | Click Here to View Status and Holdings. |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Summary: | Sejarah Johor dalam Pelbagai Perspektif berusaha untuk menganalisis perkembangan intelektual yang berlaku dalam kerajaan Johor-Riau. Sesungguhnya, sejarah negeri Johor merakamkan pelbagai bidang yang telah menyumbang kepada pembentukan peradaban Melayu yang gemilang. Ini diperkukuhkan dengan kepimpinan dan sistem pentadbiran Kesultanan Johor yang bersifat dinamik, tetapi masih berupaya mengekalkan jati diri Johor yang tersendiri. Hakikatnya, kemajuan dan pembangunan yang telah berlangsung sejak sekian lama telah memanifestasikan pembangunan Johor yang holistik dan mempamerkan wajah negeri Johor dalam pelbagai citra. Kegemilangan Kesultanan Johor yang mewarisi Kesultanan Melayu Melaka seringkali dikaitkan dengan kemajuan ekonominya menerusi perdagangan antarabangsa. Kegemilangan Johor dimanifestasikan dengan penguasaan kawasan taklukan sehingga meliputi Pahang, Kepulauan Riau, Lingga sehingga ke kawasan Pantai Timur Sumatera. Hal ini disebabkan kedudukan Johor yang begitu strategik dalam kerangka laluan utama perdagangan antarabangsa. Kemajuan ekonomi dan kekukuhan sistem politik itu juga turut menyerlah Johor-Riau sebagai pusat kegiatan intelektual yang tersohor pada abad ke-17. Maka tidak hairanlah, kemajuan ekonomi Johor yang makmur dan gemilang pada masa kini adalah meneruskan kelangsungan dari masa lalu. Kehadiran tokoh-tokoh ilmuwan dengan segala kegiatan intelektual telah menerangi kehidupan masyarakat ketika itu, sekali gus telah menaikkan lagi kegemilangan Johor-Riau. Ini menunjukkan Kerajaan Johor-Riau telah mengupayakan segala kekuatan dalam masyarakat yang menyumbangkan kepada pembentukan suatu peradaban gemilang bangsa Melayu di Nusantara. Sehingga kini, sejarah negeri Johor terus mendapat perhatian daripada ramai pengkaji. Hal ini disebabkan negeri Johor mempunyai keunikan yang tersendiri. Hakikatnya kejatuhan Kesultanan Melayu Melaka pada tahun 1511 telah menyebabkan Johor meneruskan kelangsungan sebuah empayar dan kerajaan yang begitu besar. Sungai Johor telah menyaksikan pembentukan sebuah kerajaan kelautan Johor-Riau-Lingga-Pahang yang tersohor pada abad ke-16. Mulai tahun 1528, Sultan Alauddin Riayat Shah telah memimpin sebuah kerajaan yang besar dari segi geopolitik, kekuatan ekonomi dan perpaduan dalam kalangan rakyatnya. Namun begitu, jurai keturunan Kesultanan Melaka telah berakhir dengan pembunuhan Sultan Mahmud II pada tahun 1699 di Kota Tinggi. Peristiwa ini telah menyebabkan keadaan politik Johor semakin berwarna-warni dengan kenaikan golongan Bendahara dan kemudiannya Temenggong untuk menerajui Kerajaan Johor. Fenomena ini ditambah lagi dengan campur tangan pembesar Bugis dalam politik Johor. Persejarahan negeri Johor semakin berkembang dalam era pemodenan. Sultan Abu Bakar telah mengubah corak pemerintahan tradisional dengan membawa unsur-unsur Barat secara beransur-ansur dalam pemerintahan. Proses modenisasi ini menyaksikan negeri Johor semakin memacu ke depan dari segi pertumbuhan ekonomi, pemodenan dalam pentadbiran dan menarik lebih ramai orang asing berhijrah ke negeri Johor. Kedudukan Johor yang strategik, berhampiran dengan Singapura menyebabkan ramai pelabur asing datang ke Johor untuk melabur dalam sektor pertanian komersial (gambir dan lada hitam), perladangan getah, dan kegiatan perlombongan. Kemakmuran ekonomi Johor adalah manifestasi kecekapan dan keberkesanan sistem pentadbiran yang diwujudkan pada akhir abad ke-19 dan awal abad ke-20. Suatu hal yang menarik tentang Johor adalah walaupun pemodenan dan kemajuan ditempa, namun jati diri dalam kalangan rakyatnya masih kekal dan kukuh. Sebelum Perang Dunia Kedua, negeri Johor telah menjadi sebutan masyarakat antarabangsa. Hal ini disebabkan. lokasinya yang berhampiran dengan Singapura, di samping pemerintannya Sultan Abu Bakar dan Sultan Ibrahim telah menjalin hubungan diplomatik dengan banyak negara; termasuklah China, Jepun, Turki, Br icish serta beberapa buah negara Eropah. Namun begitu, Johor juga tidak sunyi daripada kesungguhan pihak asing untuk campur tangan secara langsung dalam politik dan pemerintahan. Hal ini ditandai dengan pelantikan Penasihat Am British di Johor pada tahun 1914 dan kemasukan tentera Jepun pada awal tahun 1942. Dalam pada itu, Johor juga telah menyaksikan gelora politik. Hal ini bermula dengan penyingkiran Dato' Sri Amar Diraja Abdul Rahman Andak atas 'nasihat' British, hubungan yang tidak harmoni antara Dato' Onn dengan istana, kemasukan tentera Jepun, penentangan pembesar kumpulan 7 terhadap Sultan Ibrahim, pasukan Bintang Tiga yang bermaharajalela di Batu Pahat, keinginan Johor menjadi negeri yang merdeka dan sebagainya. Namun begitu, Johor telah mempelopor! gerakan massa untuk menentang Malayan Union dan seterusnya memperjuangkan kemerdekaan tanah air. Di sinilah bermula suatu pergerakan politik nasional yang dinamakan UMNO. Kesimpulannya, Johor mempunyai suatu sejarah yang panjang dan bersifat menyeluruh dalam pelbagai aspek kehidupan. Kerajaan Johoh mengasaskan Undang-undang Tubuh Kerajaan (1895), pentadbiran kerajaan yang moden, kerajaan berasaskan kelautan, kegiatan pertanian komersial, aktiviti perlombongan bijih, pembangunan prasaran kemajuan pendidikan, bahasa dan persuratan, pembanguna? ketenteraan, kemajmukan dan keharmonian masyarakat. |
---|---|
Item Description: | Includes index |
Physical Description: | xvii, 312 pages illustrations 23 cm |
Bibliography: | Includes references (page [291]-306) and indexes |
ISBN: | 9835207763 9789835207761 |