ZAKAT DAN CUKAI DI MALAYSIA (Praktis Mudah Pembayar Zakat dan Cukai Individu)

Edisi sulung buku Zakat dan Cukai di Malaysia (Praktis Mudah Pembayar Zakat dan Cukai Individu) berusaha untuk memberi bimbingan dan panduan kepada pembayar zakat, pembayar cukai, pelajar, usahawan dan individu lain yang berkaitan dalam melaksanakan tanggungjawab untuk mengira zakat dan cukai sendir...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Azizah Dolah (Author)
Format: Book
Language:Malay
Published: Shah Alam, Selangor PENERBIT PRESS UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA 2012
Subjects:
Online Access:Click Here to View Status and Holdings.
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Edisi sulung buku Zakat dan Cukai di Malaysia (Praktis Mudah Pembayar Zakat dan Cukai Individu) berusaha untuk memberi bimbingan dan panduan kepada pembayar zakat, pembayar cukai, pelajar, usahawan dan individu lain yang berkaitan dalam melaksanakan tanggungjawab untuk mengira zakat dan cukai sendiri. Tujuan utama penulis ialah untuk mempastikan setiap individu dapat mengira dan memnbayar zakat dan cukai dengan mudah dan betul. Konsep cukai dan zakat diketengahkan dengan mudah dan senang untuk difahami. Buku ini mengandungi 19 bab. Terdiri dari 1) Pentadbiran dan Penaksiran Sendiri Zakat dan Cukai; 2) Asas Zakat di Malaysia; 3) Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN); 4) Pusat Zakat Negeri-negeri di Malaysia; 5) Asas Percukaian di malaysia; 6) Asas Pengiraan Zakat; 7) Perbezaan Zakat dan Cukai di Malaysia; Pendapatan yang Dicukai; 9) Pengecualian Zakat; 10) Rebat dan rRelif Cukai dan Zakat; 11) Derma dan Hadiah; 12) Pendapatan Pekerjaan; 13) Pendapatan Dividen; 14) Pendapatan Pencen, Anuiti dan lain-lain Pendapatan Berkala; 15) Pendapatan Royalti; 16) Pendapatan Sewa; 17) Pendapatan Perkognsian; 18) Pendapatan Perniagaan; dan 19) Pendapatan Faedah dan Diskaun. Pengisian buku ini banyak memfokuskan kepada pendapatan individu, rebat, relif, serta potongan bagi cukai dan zakat untuk individu. Saya merasakan ini penting untuk individu dalam menjalankan tugas dan tanggungjawabnya sebagai pembayar zakat dan pembayar cukai untuk menjana ekonomi sejagat. Tambahan pula, dengan sistem taksiran sendiri (STS) yang dikuatkuasakan oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), saya merasakan buku ini amat sesuai untuk dijadikan panduan untuk menaksir sendiri pendapatan yang dikenakan cukai dan zakat. Buku ini juga sesuai dijadikan bahan rujukan oleh pelajar pada peringkat Sijil Tinggi pelajaran Malaysia(STPM), peringkat asas sijil dan Diploma Perakaunan, Diploma Pengurusan dan juga Diploma Perbankan. Saya berharap dengan adanya buku ini di pasaran, dapat mengatasi masalah kekurangan buku mengenai cukai dan zakat berbahasa Melayu. Mengira dan membayar zakat dan cukai memerlukan satu perancangan yang teliti. Pembuatan keputusan sendiri dalam zakat dan cukai amatlah penting. Sehubungan dengan itu buku ini merupakan satu peluang yang baik dalam membuat keputusan berkaitan pengiraan zakat dan cukai. Kaedah dan cara pengiraan zakat dan juga cukai diutarakan dengan ringkas dan mudah.
Physical Description:xxix, 222 pages illustrations 23 cm
Bibliography:Includes bibliographical references : (pages [215]-217) and index
ISBN:9673633843
9789673633845