THE CHOICE DIALOG ISLAM & KRISTIAN
Sheikh Ahmed Hussein Deedat yang lebih dikenali dengan nama Ahmed Deedat merupakan seorang pendakwah Islam kontemporari. Beliau dilahirkan di Gujarat India dan berhijrah dan membesar di Afrika, dijaga oleh bapa yang bekerja sebagai seorang tukang jahit. Tanpa pendidikan formal yang sempurna, beliau...
Saved in:
Main Author: | |
---|---|
Other Authors: | |
Format: | Book |
Language: | Malay |
Published: |
Petaling Jaya, Selangor
Kharisma Network Sdn Bhd
2010
|
Subjects: | |
Online Access: | Click Here to View Status and Holdings. |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Summary: | Sheikh Ahmed Hussein Deedat yang lebih dikenali dengan nama Ahmed Deedat merupakan seorang pendakwah Islam kontemporari. Beliau dilahirkan di Gujarat India dan berhijrah dan membesar di Afrika, dijaga oleh bapa yang bekerja sebagai seorang tukang jahit. Tanpa pendidikan formal yang sempurna, beliau berusaha menimba ilmu berkat ketekunannya, beliau meraih kecemerlangan di dalam pendidikannya. Persekitaran yang mencabar mengajar sebuah erti kehidupan kepada beliau. Lebih-lebih lagi dengan minatnya yang suka membaca. Di sinilah beliau mengasah kematangan di dalam perdebatan dengan hujah-hujah yang kukuh dan jitu. The Choice (Pilihan) merupakan sebuah nukilan perdebatan Ahmed Deedat dengan beberapa paderi atau pendeta Kristian. la merupakan dialog dan diskusi teologi yang begitu padat dengan informasi dan perbandingan. Apa yang diketengahkan oleh Ahmed Deedat adalah perdebatan bukanlah untuk menentukan menang atau kalah. Tetapi kemuncaknya ialah menyatakan dan membuktikan tentang kebenaran dan kesyumulan Islam itu sendiri. Dengan hujah dan bukti-bukti yang dibawakan akan memberikan kita destinasi mana yang sebenarnya, sepatutnya kita tempuhi. Perdebatan di antara Ahmed Deedat dengan paderi atau pendeta Kristian ini juga sering menjadi bahan rujukan dan perbualan dalam menghurai diskusi perbandingan agama. Semoga dengan membaca buku ini, cahaya iman dan hidayah Allah Yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang itu akan terus teguh di hati setiap muslim. Dan cahaya itu juga akan menerangi hati-hati mereka yang beruntung menerima hidayah Allah dan memilih jalan yang benar dan diredhai Allah. |
---|---|
Item Description: | Original title : The choice, Islam and Christianity |
Physical Description: | xx, 433 pages 26 cm |
ISBN: | 9789675029264 |