Perkahwinan dan Kekeluargaan RAJA-RAJA MELAYU dalam Sejarah Melayu

Buku ini meninjau khusus tentang perkahwinan dan kekeluargaan Raja-raja Melayu Melaka sebagaimana yang dicatatkan oleh Tun Sri Lanang dalam Sejarah Melayu. Sebelum meneroka persoalan yang berkenaan, terlebih dahulu akan ditelusuri perkahwinan dan kekeluargaan Raja-raja Palembang-Jambi dan Singapura...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Ismail Azman Omar 1948- (Author)
Format: Book
Language:Malay
Published: Shah Alam Karisma Publications 2009
Subjects:
Online Access:Click Here to View Status and Holdings.
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Buku ini meninjau khusus tentang perkahwinan dan kekeluargaan Raja-raja Melayu Melaka sebagaimana yang dicatatkan oleh Tun Sri Lanang dalam Sejarah Melayu. Sebelum meneroka persoalan yang berkenaan, terlebih dahulu akan ditelusuri perkahwinan dan kekeluargaan Raja-raja Palembang-Jambi dan Singapura Tua yang menjadi punca kekeluargaan Raja-raja Melayu Melaka. Sama ada disedari ataupun tidak, perkahwinan Raja-raja ketiga-tiga buah kerajaan itu berlaku dalam bentuk atau pola tertentu. Bentuk perkahwinan yang dimaksudkan itu secara mudah diklasifikasikan sebagai perkahwinan inter-etnik (antara ras atau puak), perkahwinan intra-famili (dalam kalangan keluarga sendiri), gundik diraja (permaisuri tak sah), dan gundik raja (perempuan simpanan). Daripada keempat-empat bentuk atau pola tersebut akan dapat diusut perkahwinan yang normal dan yang luar biasa. Sesuatu perkahwinan yang selaras dengan ketentuan dalam sesuatu agama tidaklah menjadi persoalan. Sebaliknya perkahwinan yang dilihat sebagai normal menurut ketetapan dalam sesuatu agama tidak semestinya dianggap normal dalam agama yang lain. Perbezaan ini dilihat sebagai corak perkahwinan luar biasa dan dianggap ganjil. Buku ini menghuraikan secara terperinci mengenai hubungan inter-etnik dan intra-famili yang berlaku selain wujud hubungan atau perkahwinan dengan gundik dalam kesultanan Melayu.
Physical Description:xiv, 252 pages 22 cm
Bibliography:Includes bibliographical references and index
ISBN:9789831954072
9831954076