mengemudi bahtera perubahan minda
Buku ini merupakan sebahagian daripada himpunan tulisan Dr. Mohd Asri bin Zainul Abidin dalam kolum tetap beliau 'Pena Mufti' di Mingguan Malaysia yang bermula sejak 11 Mac 2007. Tulisan-tulisan beliau saban minggu telah menarik perhatian setiap lapisan masyarakat dalam negara ini. Daripad...
Saved in:
Main Author: | |
---|---|
Format: | Book |
Language: | Malay |
Published: |
Kuala Lumpur
Utusan Publications
2008
|
Series: | Siri Islam dan masyarakat
|
Subjects: | |
Online Access: | Click Here to View Status and Holdings. |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Summary: | Buku ini merupakan sebahagian daripada himpunan tulisan Dr. Mohd Asri bin Zainul Abidin dalam kolum tetap beliau 'Pena Mufti' di Mingguan Malaysia yang bermula sejak 11 Mac 2007. Tulisan-tulisan beliau saban minggu telah menarik perhatian setiap lapisan masyarakat dalam negara ini. Daripada peringkat atasan sehingga rakyat bawahan. Ini kerana pemikiran perubahan yang segar lagi berani disajikan menerusi rencana-rencana tersebut secara mantap dan mempengaruhi minda pembaca. Ia membawa pembaca melihat sesuatu daripada dimensi yang luas dan berbagai. Namun, apa yang menjadi kekuatan tulisan-tulisan tersebut adalah teras dan kaedah penghujahan yang dikemukakan. Sehingga banyak yang diketengahkan itu menjadi bahan perbincangan masyarakat di segenap lapisan. Walaupun terdapat kadang-kala pro dan kontra, tetapi akhirnya ramai yang akur kebernasan hujah dan pemikiran yang ditampilkan. Ramai pembaca yang telah mengumpulkan sendiri rencana-rencana tersebut sebagai bahan rujukan. Atas pemintaan yang begitu tinggi daripada mereka, maka sebahagian rencana-rencana tersebut dibukukan dan diberikan judul "Pengemudi Bahtera Perubahan Minda". Himpunan rencana-rencana ini menyentuh berbagai topik dan isu. Mengenai pegangan masyarakat, pembangunan minda dan ekonomi, hiburan dan seni, politik dan pentadbiran juga berbagai lagi. Kecenderungan rencana-rencana ini ialah mengubat kelemahan cara fikir, kejumudan, keterbabasan sikap dan mentaliti dan penyelewengan dalam berbagai aspek kehidupan. Dengan bahasa yang sinis, tegas, memujuk dan puitis penulis cuba menyampaikan mesej daripada pemikirannya yang bernas. |
---|---|
Item Description: | "Himpunan tulisan Dr. Mohd Asri Zainul Abidin dalam kolum "Pena Mufti" di Mingguan Malaysia"--Cover |
Physical Description: | xxi, 400 pages 22 cm |
ISBN: | 9789676121576 9789676121578 |