Pengertian & Hakikat IKHLAS Kerana ALLAH

Dapat kita simpulkan bahawa kita telah mengetahui matlamat yang diharapkan oleh orang Islam akan dicapai dari segala perbuatan adalah kayu pengukur bagaimana ia menangani pekerjaannya. Lalu semua pekerjaan menjadi lebih bererti atau menjadi kosong dan sia-sia dengan mengambil kira matlamat apa yang...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Al-Asyqar, Umar Sulaiman Dr (Author)
Other Authors: Mohd. Sofwan Amrullah
Format: Book
Language:Malay
Published: Kuala Lumpur, Malaysia Jasmin Enterprise 2001
Subjects:
Online Access:Click Here to View Status and Holdings.
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Dapat kita simpulkan bahawa kita telah mengetahui matlamat yang diharapkan oleh orang Islam akan dicapai dari segala perbuatan adalah kayu pengukur bagaimana ia menangani pekerjaannya. Lalu semua pekerjaan menjadi lebih bererti atau menjadi kosong dan sia-sia dengan mengambil kira matlamat apa yang ada pada seorang pekerja melakukan pekerjaannya. Orang yang sembahyang untuk mengharap ridha Allah, itulah amal yang paling afdal. Sedang orang yang sembahyang kerana ingin mendapat kemuliaan dan kehormatan di sisi manusia, itulah amalan yang paling buruk. Dan orang yang berhijrah kerana menyahut perintah Allah dan untuk kemenangan agama Allah, itu juga amal yang mempunyai kedudukan yang tinggi; sementara orang yang hijrah kerana ingin mendapat pulangan yang bersifat dunia; harta yang akan dikaut, wanita yang akan dikahwini, itu adalah amal yang batil dan kosong. Dalam hal ini Allah s.w.t. telah berfirman maksudnya: "Orang yang menghendaki yang segera (dunia) akan Kami segerakan baginya, yakni kepada orang yang Kami kehendaki; kemudian Kami jadikan Jahannam baginya sebagai tempat tinggal dalam keadaan tercela dan terhina. Dan sesiapa yang menghendaki akhirat dan berusaha untuknya sedang ia beriman, maka mereka itulah yang dibalas usaha mereka kerana diredhai." (Surah al-Isra': 18-19)
Item Description:Mengandungi ayat-ayat dari Quran
Physical Description:iv, 310 pages 22 cm
ISBN:9832087619
9789832087618