Urbanisasi Perancangan dan Kawalan

Sistem perancangan bandar digubal dengan matlamat untuk mengadakan pembangunan yang melibatkan kepentingan awam. Kebanyakan bandar berfungsi sebagai pusat pengagihan keperluan ekonomi dan sebagai pusat tarikan (migrasi) penduduk yang berterusan. Justeru, pendekatan perancangan perlulah mengambil kir...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Dani Salleh (Author)
Format: Book
Language:Malay
Published: Sintok, Kedah Penerbit Universiti Utara Malaysia 2007
Subjects:
Online Access:Click Here to View Status and Holdings.
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Sistem perancangan bandar digubal dengan matlamat untuk mengadakan pembangunan yang melibatkan kepentingan awam. Kebanyakan bandar berfungsi sebagai pusat pengagihan keperluan ekonomi dan sebagai pusat tarikan (migrasi) penduduk yang berterusan. Justeru, pendekatan perancangan perlulah mengambil kira keperluan seperti kemudahan kediaman, peluang pekerjaan, infrastruktur, rekreasi di samping berupaya mengekalkan keadaan alam sekitar. Untuk mempertingkatkan tahap perancangan dan aspek pengurusan bandar adalah penting untuk mengetahui fungsi perancangan dan pengurusan bandar ditakrifkan dengan berkesan dan terperinci dalam suatu sistem bagi memastikan amalan perancangan, penggubalan dasar dan pengurusan bandar menjadi lebih efektif dan berupaya merangsang pertumbuhan ekonomi komuniti setempat. Pertambahan pesat penduduk bandar berupaya memberi tekanan kepada pihak berkuasa tempatan dalam penyediaan input perbandaran di kawasan-kawasan di bawah bidang kuasanya. Aktiviti perbandaran yang dirancang, diuruskan dan dikawal dengan cekap dan efektif, menyediakan suatu keadaan proses perbandaran yang seragam dan sistematik dalam kerangka keupayaan ekonomi.
Physical Description:xix, 168 pages 25 cm
Bibliography:Includes bibliographical references
ISBN:983328213X
9789833282135