Andai semalam ku miliki

Pertemuan antara Zafri dan Wardah di kota Konya, Turki telah memeteraikan sebuah janji. Wardah, seorang wanita sederhana yang bekerja di sebuah kilang kain di Turki tidak pernah menjangkakan kehadiran seorang lelaki yang mengetuk pintu hatinya untuk menerima cinta dan membuatkan dirinya percaya pada...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Norhayati Berahim (Author)
Format: Book
Language:Malay
Published: Kajang NB kara 2005
Subjects:
Online Access:Click Here to View Status and Holdings.
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Pertemuan antara Zafri dan Wardah di kota Konya, Turki telah memeteraikan sebuah janji. Wardah, seorang wanita sederhana yang bekerja di sebuah kilang kain di Turki tidak pernah menjangkakan kehadiran seorang lelaki yang mengetuk pintu hatinya untuk menerima cinta dan membuatkan dirinya percaya pada janji seorang lelaki. Zafri, lelaki lulusan kejuruteraan yang mempunyai impian sendiri untuk membangunkan industri muzik dan seni Malaysia kini lebih serius terhadap kariernya kerana seorang wanita yang menjadi sumber inspirasi untuk bekerja dengan lebih gigih, dan kerana, dia telah berjanji. Zafri berjanji untuk melamar Wardah menjadi isterinya setelah pekerjaan dan ekonomi dirinya telah kukuh. Wardah dengan hati terbuka menerima janji itu dan menanti dengan penuh kesabaran. Jarak antara Turki dan Malaysia tidak pernah memisahkan mereka dengan adanya perkhidmatan internet. Namun janji itu mula goyah apabila Zainab, wanita yang pernah dibenci Zafri satu ketika dahulu kini telah dinikahinya atas dasar simpati. Hati Wardah remuk redam. Di manakah janji yang selama ini dipegang oleh lelaki itu! Namun hatinya terubat dan mula bersimpati setelah Zainab datang meminta maaf dan menceritakan pekara sebenar. Zainab menghidap penyakit dan tidak boleh hidup lama. Zainab terpaksa berkahwin dengan Zafri kerana tidak mahu hartanya jatuh ke tangan ayahnya yang tamak haloba itu. Maka Zainab mewasiatkan hartanya kepada Zafri untuk diserahkan kepada ibunya dan orang-orang yang susah. Tidak ada sekelumit pun cinta Zafri untuk Zainab. Kerana Zafri masih berpegang dengan janjinya. Zainab meninggalkan dunia ketika dalam pangkuan Wardah. Akhirnya Zafri meminta maaf kepada Wardah dan akhirnya tertunailah sebuah janji.
Physical Description:562 pages 19 cm
ISBN:9834211538