Legasi MAHATHIR

Mahathir merupakan asas perkembangan dan tonggak hala tuju perjalanan arus politik perdana selama 22 tahun sebelum mengumumkan persaraannya daripada jawatan Perdana Menteri dan Presiden parti UMNO pada Jun 2002. Dunia tidak mengenali Malaysia tanpa Mahathir. Dalam masa 22 tahun berada di puncak kepi...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Pandian, Sivamurugan (Author)
Format: Book
Language:Malay
Published: Cheras, Kuala Lumpur Utusan Publications & Distributors 2005
Subjects:
Online Access:Click Here to View Status and Holdings.
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Mahathir merupakan asas perkembangan dan tonggak hala tuju perjalanan arus politik perdana selama 22 tahun sebelum mengumumkan persaraannya daripada jawatan Perdana Menteri dan Presiden parti UMNO pada Jun 2002. Dunia tidak mengenali Malaysia tanpa Mahathir. Dalam masa 22 tahun berada di puncak kepimpinan negara, Mahathir telah banyak berjasa kepada negara. Dengan imej sebagai pemikir-intelektual politik, Mahathir muncul sebagai seorang modenis, pragmatis dan strategis. Pada dasarnya, buku ini memerihalkan perkembangan negara di bawah beliau dan membicarakan legitimasi politik sebagai kekuatan legasinya. Ia penting dalam konteks masyarakat pelbagai kaum memandangkan sokongan yang diterima dalam parti UMNO semata-mata tidak memadai untuk berfungsi sebagai Perdana Menteri di platform kebangsaan. Di samping bergantung kepada kedinamikan sokongan dalam parti, beberapa faktor pengukuhan legitimasi yang baru diperlukan untuk menjamin pengekalan kuasa. Buku ini memberi tumpuan kepada fakto personaliti atau latar belakang beliau, dasar-dasar dan strategi ekonomi, kepentingan agama Islam yang bercirikan kesederhanaan, sains dan teknologi sebagi pemangkin generasi dan pengiktirafan antarabangsa sebagai jurucakap negara membangun. Perbincangan buku ini juga memberi perhatian istimewa mengenai ancaman terhadap legitimasi kepimpinannya itu terutama dalam menangani krisis politik yang melanda negara yang ternyata pada akhirnya kedudukan beliau menjadi semakin kuat. Secara keseluruhannya, buku ini memaparkan strategi dan tindakan Mahathir selaku pemimpin politik dan Perdana Menteri yang konsisten dan berkesan sehingga memungkinkan kedudukan dan jawatan yang disandangnya itu boleh bertahan dalam suatu tempoh yang relatifnya lama.
Item Description:Revision of the author's thesis (Ph. D.)--Universiti Malaya, 2004
Physical Description:xii, 420 pages illustrations 22 cm
Bibliography:Includes bibliographical references (pages 361-401) and index
ISBN:9789676116840
967611684X