PERMULAAN HIDAYAH
Para ulamak biasa menyebutkan, sesiapa yang ingin memulakan jalan bagi mencari hidayah Allah Ta'ala, maka hendaklah membaca kitab Bidayatul Hidayah (Permulaan Hidayah) oleh Hujjatul Islam Imam Abu Hamid Al-Ghazali rahimahullah. Kitab ringkas yang disusun oleh beliau ini, amat besar faedahnya ba...
Saved in:
Main Author: | |
---|---|
Other Authors: | |
Format: | Book |
Language: | Malay |
Published: |
Batu Caves, Selangor
Thinker's Library Sdn. Bhd.
2000
|
Edition: | Edisi terjemahan Bahasa Malaysia |
Series: | Siri Ihyaa Ulumuddin
|
Subjects: | |
Online Access: | Click Here to View Status and Holdings. |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Summary: | Para ulamak biasa menyebutkan, sesiapa yang ingin memulakan jalan bagi mencari hidayah Allah Ta'ala, maka hendaklah membaca kitab Bidayatul Hidayah (Permulaan Hidayah) oleh Hujjatul Islam Imam Abu Hamid Al-Ghazali rahimahullah. Kitab ringkas yang disusun oleh beliau ini, amat besar faedahnya bagi penuntut ilmu dalam usaha mencari hidayah dan redha Allah Ta'ala. Kata-kata Imam Al-Ghazali dalam muqaddimahnya bagi kitab ini amat sesuai bagi kita buat mengkoreksi semula niat kita menuntut ilmu, serta membetulkan tujuan kita mencari ilmu. Antara yang disebutkan oleh beliau ialah, pada mengingatkan kita bahaya niat yang salah dalam mencari ilmu: "Sesungguhnya engkau jika menuntut ilmu dengan tujuan untuk bertanding kehebatan, bermegah-megah, mendahului rakan-rakan (dalam ilmu), mendapatkan perhatian atau pandangan manusia kepada engkau, atau mengumpul harta dunia, maka sesungguhnya engkau sedang menuju kepada meruntuhkan agama engkau, membinasakan diri sendiri, dan menjual akhiratmu dengan dunia, maka tentu sekali ia suatu urusniaga yang merugikan dan perniagaan yang binasa. Malah guru engkau sendiri yang membantu dalam kemaksiatan engkau serta bersekutu dengan engkau dalam kerugian engkau. Dia seperti seorang penjual senjata kepada penyamun jalanan. Bersesuaian dengan sabda Nabi Sallallahu 'Alaihi Wasallam: Sesiapa yang membantu kemaksiatan walau dengan separuh kalimah, maka ia termasuk bersekutu dalam kemaksiatan itu." Seterusnya Imam Al-Ghazali menyebut pula ganjaran bagi mereka yang mempunyai niat yang betul dalam mencari ilmu dengan kata-katanya: "Dan jika niat dan tujuanmu antaramu dengan Allah dalam mencari ilmu, adalah untuk mencapai hidayah, bukan semata-mata bermegah dengan riwayat, maka bergembiralah, kerana sesungguhnya para malaikat melebarkan sayapnya ketika kamu berjalan, dan hidupan di laut mendoakan keampunan bagimu dalam setiap langkahmu." |
---|---|
Item Description: | Original title : Bidayatul hidayah |
Physical Description: | viii, 135 pages 22 cm |
ISBN: | 9676903876 (paperback) 9789676903877 (paperback) |