TANGISAN BULAN MADU 3

Amira kembali ke kampung halaman setelah 3 tahun membawa diri ke Sabah. Janji dan sumpah setianya pada Bogatt tidak pernah di lupakan walau ramai yang mahu merebut hatinya. Azali tidak putus asa menagih cintanya. Jelak Amira dengan sikap Azali itu kerana di ketahuinya yang Azali sudah punya isteri d...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Samsiah Mohd Nor 1965- (Author)
Format: Unknown
Language:Malay
Published: Bangi Khalysa Pub 2001
Subjects:
Online Access:Click Here to View Status and Holdings.
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!

MARC

LEADER 00000n a2200000 a 4501
001 wils-219947
005 20199282932
020 # # |a 983407140X  |q hardback 
040 # # |a UiTM  |e rda 
041 0 # |a may 
090 0 0 |a PL5139.S53  |b T36 2001 
100 1 # |a Samsiah Mohd Nor  |c 1965-  |e author 
245 1 1 |a TANGISAN BULAN MADU 3  |c SAMSIAH MOHD NOR 
264 # 1 |a Bangi  |b Khalysa Pub  |c 2001 
264 # # |c ©2001 
300 # # |a 383 pages  |c 18 cm 
336 # # |a text  |2 rdacontent 
337 # # |a unmediated  |2 rdamedia 
338 # # |a volume  |2 rdacarrier 
520 # # |a Amira kembali ke kampung halaman setelah 3 tahun membawa diri ke Sabah. Janji dan sumpah setianya pada Bogatt tidak pernah di lupakan walau ramai yang mahu merebut hatinya. Azali tidak putus asa menagih cintanya. Jelak Amira dengan sikap Azali itu kerana di ketahuinya yang Azali sudah punya isteri dan anak-anak. Rimas dengan perlakuan Azali Amira berbohong dengan mengatakan yang dirinya sudah ada teman istimewa. Namun, Azali hanya mendiamkan diri seketika sahaja. Selepas itu kembali mengusutkan fikiran Amira dan desakan demi desakan. Hasrat Hindun untuk menjodohkan Mail, anaknya yang duda dengan Amira, ditolak. Tidak puas hati dengan penolakan itu, Hindun sengaja menyakitkan hati Amira dan ibunya, Bedah. Sindiran dan kata-kata yang kurang enak di dengar sengaja di hemburkan pada wanita itu. Puas hatinya bila Amira mendapat malu. Tapi Amira bukanlah wanita yang cepat melatah, dibiarkan saja Hindun dengan ragamnya. Lambat-laun senyaplah dia. Amira tidak mengerti kenapa hatinya rasa sedih dan kosong tatkala mendapat berita pertunangan Razlan dan Johanna sedangkan dia yang beria-ia memujuk lelaki itu. Anehnya hati. Dalam keterpaksaan Amira meredhakan diri menerima kenyataan itu. Kini, dia kembali menjejaki rumah itu. Rumah yang pernah dihuni Bogatt suatu waktu dahulu. Hatinya di sayat pilu mengenangkan kenangan silam. Dia hadir untuk meraikan hari pertunangan Razlan tapi kenapa hatinya tidak gembira. Apakah dirinya punya perasaan pada Razlan. Amira buntu. Razlan terpaksa bersetuju untuk ditunangkan dengan Johanna setelah putus asa untuk mendapatkan kasih Amira. Hatinya geram bila Amira masih memilih kenangan bersama abangnya dari dirinya. Berbungkal hatinya bila melihat Amira hadir di hari pertunangannya. Sikap Razlan berubah menjadi panas baran dan perengus. Tanpa disengajakan, Razlan mengeluarkan kata-kata yang tidak sepatutnya pada Amira. Amira terkedu dengan perlakuan Razlan. Pertemuan pertamanya dengan Dr.Badaruddin langsung tidak memberi bekas di hatinya walaupun ibunya sering bercerita tentang doktor duda itu kepadanya. Mereka mengenali Dr. Bada dan ibunya, Ajijah ketika Amira di timpa kemalangan dan di tempatkan sebilik bersama Ajijah. Namun, pertama kali memandang Aliya, anak Dr. Bada perasaannya terusik. Di tambah dengan kecacatan yang dimiliki oleh Aliya. Aliya menderita penyakit autisme. Perkabaran yang dibawa oleh Puan Marina amat-amat mengejutkannya. Razlan mahu memutuskan pertunangan dengan Johanna. Puas di tanya sebabnya namun Razlan terus-terusan mendiamkan diri. Ibunya, Badariah dan mak tuanya, Puan Marina semakin buntu. Malu untuk berdepan dengan keluarga Johanna. Namun, sebaliknya pula yang berlaku apabila keluarga Johanna sendiri yang datang memutuskan pertunangan mereka. Mahu tidak mahu terpaksalah mereka akur antara Johanna dan Razlan memang ditakdirkan tiada jodoh. Razlan berang bila mengetahui hubungan antara Amira dengan Dr.Bada. Hatinya diburu cemburu bila mengetahui Amira berkelah bersama doktor muda itu. Berdetak hatinya mengatakan antara Amira dan Bada ada hubungan. Kecewa bila mengenangkan cintanya di tolak Amira. Belum dapat ditunaikan hasrat dan keinginan arwah Bogatt supaya Razlan menjaga dan melindungi Amira setelah ketiadaannya. Lamaran dari Dr. Bada benar-benar mengembirakan hati ibunya. Amira hanya membisu. Tidak menolak atau menerima. Hanya berperang dengan dirinya sendiri. Setengah hati mahu menerima lamaran itu tetapi setengah hatinya masih berpaut pada bayangan arwah suaminya, Bogatt. Dia keliru. Kecewa Razlan bukan sedikit bila mengetahui akan lamaran Dr.Bada. Dia yakin Amira telah menerima lamaran itu walaupun tanpa diketahuinya Amira belum memberi kata putus. Dia berdoa semoga Amira berbahagia dengan pilihannya. Hati yang lara di ubati sendiri. Namun tidak pernah dia terfikir untuk melarikan dirinya dari Amira. Dia tetap mahu berada dekat dengan wanita itu. Demi arwah abangnya. Kematian Mak Bedah amat-amat mengejutkan seluruh ahli keluarga. Mak Bedah kemalangan sewaktu menghadiri kenduri menyambut menantu jiran kampungnya. Pemergian ibu tersayang memberi tamparan hebat kepada Amira dan adik-adiknya. Mujur ada Dr. Bada yang pandai memainkan peranan memujuk dan memberi semangat kepada mereka. Amira terpaku dengan kebaikan Dr. Bada. Akhirnya lamaran Dr.Bada yang terbiar sepi disambut dengan seribu persoalan di hati. Dalam hatinya berdetak, bahagiakah dia andai menerima lamaran Dr.Bada kerana amanat terakhir ibunya. Ya ... kerana ibunya dia menerima lamaran itu. Namun di yakini hatinya, perjalanan hidupnya baru bermula. Dia harus meredhakan takdir yang mendatang dalam hidupnya. Perkahwinan Amira dan Dr.Bada berlangsung dalam suasana sederhana. Razlan tidak lupa mengucapkan selamat pengantin baru padanya. Dan Amira tidak menduga dengan ucapan Razlan ; semoga bahagia akan jadi milikmu tetapi andainya kau tidak bahagia, carilah aku. Berserta sebentuk cincin. Amira terpaku dengan perbuatan Razlan itu. Malam pengantinnya di tempuhi lagi. Kali ini cukup berbeza dari malam pengantinnya tujuh tahun dulu. Pergilah kenangan. Pergilah cinta silamnya. Bayangan Bogatt perlahan-lahan terbang melayang dari tubir matanya. Dia harus membina cinta untuk suami yang baru dinikahinya. Semoga bahagia miliknya bersama suami yang ditakdirkan untuknya. 
650 # 0 |a Malay fiction 
650 # 0 |a Love stories  |x fiction 
856 4 0 |z Click Here to View Status and Holdings.  |u https://opac.uitm.edu.my/opac/detailsPage/detailsHome.jsp?tid=219947 
964 # # |c BOK  |d 01 
998 # # |a 00264#1a002.8.2||00264#1b002.8.4||00300##a003.4.1||00300##b003.6.1||00300##c003.5.1||00520##a007.2||00520##b007.2||